> SBPI Rawang: 𝐊𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐨𝐥𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐁𝐏 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐙𝐨𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟐

Khamis, 1 September 2022

𝐊𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐨𝐥𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐁𝐏 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐙𝐨𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟐





𝐊𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐨𝐥𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐁𝐏 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐙𝐨𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟐 telah dilangsungkan pada 27 hingga 29 Ogos, bertempat di KISAS & SJK (C) Pin Hwa 1.

Skuad Panthers SEPINTAR buat julung kalinya mendapat tempat ke-3 bagi kategori lelaki semenjak penubuhan sekolah setelah berjaya mara ke peringkat separuh akhir, namun tewas kepada Sekolah Sultan Alam Shah. Sebelum itu, SEPINTAR dinobatkan sebagai juara kumpulan, dan seterusnya menang ke atas SBPI Sabak Bernam di peringkat suku akhir.
Satu pencapaian yang terbaik dan membanggakan. Tahniah dan syabas buat semua pemain dan guru yang terlibat.



Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP