Taklimat Ibubapa dan Murid Baharu Tingkatan 1 & 4 2021

 







25 Mac 2021, Alhamdulillah selesai sudah taklimat ibu bapa dan murid baharu tingkatan 1&4 2021 SEPINTAR.

Terima kasih kepada ydp pibg dan penolong-penolong kanan atas taklimat yang diberikan. Terima kasih kepada us khalid selaku moderator dan semua jk dan guru-guru di belakang tabir.
Tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa dan anak-anak yang meluangkan masa hampir 3 jam.
Semoga taklimat ini memberikan pencerahan dan menjawab soalan-soalan ibu bapa.
Jika masih ada persoalan, ibu bapa boleh mengemukakannya melalui platform kumpulan telegram yang telah disediakan.

Forum Mencari Umar dalam Kepimpinan

Menunai hasrat insan yang banyak berjasa kepada pembangunan insan di bumi tarbiyah Sepintar selagi beliau masih berkhidmat!.
Terimalah “Mencari UMAR Dalam Kepimpinan”.
Bual bicara santai sore jumaat barakah. Gabungan tiga orang pemimpin muda, yang bakal mewarnai Pentas Umara’ bertaraf dunia..Aaminn.

Pelancaran Program HIP, VEP dan Pembugaran NILAM 2021

 Jawatankuasa HIP, VEP & Pusat Sumber Sepintar dengan berbesar hati menjemput warga Sepintar untuk sama-sama menonton video Pelancaran Program HIP, VEP dan Pembugaran Nilam 2021 secara atas talian :

Tarikh : 19/03/2021
Hari : Jumaat
Masa. : 3.00 ptg
Platform : Channel Youtube Pusat Sumber Sepintar (ps.sepintar)

Tamat SPM 2020

 






18 Mac 2021, Usai kertas maharat 18 mac 2021, anak-anak sepintar spm2020 bersujud syukur sempena tamatnya perjuangan getir mereka

SUMBER PENJANA MUSLIM BESTARI