> SBPI Rawang: Kejohanan Memanah Dalam Dewan Terbuka Piala Ketua Menteri Melaka

Rabu, 13 Mac 2013

Kejohanan Memanah Dalam Dewan Terbuka Piala Ketua Menteri Melaka


6 - 10 Mac 2013, Ini merupakan julung-julung kalinya pemanah-pemanah SEPINTAR berpeluang menyertai kejohanan memanah terbuka di dalam dewan.  Bersama-sama dengan Kelab HAFA ARCHRY yang terdiri dari 3 orang jurulatih iaitu Puan Faridah binti Osman, Encik Abdul Hamid dan Encik Muhammad Hazwan bin Abdul Hamid serta 10 orang pemanah SMS Kuala Selangor dan 3 orang Pemanah SMKA Kuala Selangor dan juara Memanah Bawah 18 tahun lelaki MSSS Selangor Muhammad Faiz bin Abdul Hamid kami bertolak ke Melaka pada 6 Mac 2013 menaiki bas SEPINTAR.
Kejohanan memanah ini disertai oleh ramai pemanah-pemanah handalan Malaysia dari serata negara.  Antaranya skuad pemanah Malaysia dari Universiti Putra Malaysia(UPM), kontigen  pemanah SUKMA Melaka, SUKMA Terengganu, Pemanah  Pulau Pinang, Kelab Memanah Sah Juara dari Kuala Lumpur dan Angkatan Tentera Malaysia. 
Selain HAFA ARCHERY yang menurunkan pemanah-pemanah dari kalangan pelajar sekolah, juga terdapat beberapa sekolah yang menyertai kejohanan ini antaranya ialah SMS Muar, SMS Hulu Selangor, SMK Jalan Empat Bangi dan SMK Setia Budi. Gombak Selangor.
Kategori pertandingan di Kejohanan ini ialah;
1.       Novis Tertutup bawah 16 tahun individu – khas untuk penduduk Melaka
2.       Novis Terbuka bawah 16 tahun in dividu
3.       Olimpik Round Recurve  lelaki individu dan kumpulan
4.       Olimpik Round Recurve wanita individu dan kumpulan
5.       Olimpik Round Compound lelaki individu dan kumpulan
6.       Olimpik Round Compound wanita individu dan kumpulan
Pemanah SEPINTAR hanya menyertai Olimpik Round  lelaki dan wanita individu dan kumpulan sahaja.

PESERTA PEMANAH SBPI RAWANG YANG MENYERTAI KEJOHANAN MEMANAH DALAM DEWAN TERBUKA PIALA KETUA MENTERI MELAKA 6 MAC – 10 MAC 2013
BIL
NAMA
1
MUHAMMAD AIMAN BIN NORAZARUDDIN
2
MOHAMMAD NAJMI BIN RISDAN
3
MUHAMMAD AFIQ FATHUDDIN BIN ABD RAIS
4
MUHD NABIL BIN OTHMAN
5
NARIZZATUL NAJWA BT MUHAMMAD SALIHIN
6
NUR AISYAH BT ABDULLAH
7
AINUL MARDHIAH BINTI ROSLAN HAKIM
8
NAWWARATUL AINI BT MOHAMMAD
9
MUHAMMAD SOBREE IIBU
10
NUR EZAIDI BIN AHMAD JAILANI
11
MUHAMMAD HARITH BIN RONHAZLI
12
MOHD AMIR HISYAMUDDIN B JOHARI
13
AFIFA NUR ATIKA BT ABDUL GHANI AZIZI
14
PUTERI EZREEN SYARIHAH BT MEGAT OSMAN
15
SITI  SYAHIRAH BT IBRAHIM
16
ZAFFRI HAZIQ BIN ZULIZAM


Guru Pengiring:
Rosila Amat Kamari
Azlina Abdullah

Jurulatih              
Puan Faridah binti Osman


PENCAPAIAN
Individu
Afifa Nur Atika Abdul Ghani Azizi mendapat ranking ke12 individu keseluruhan dari 35 pemanah.
Nur Ezaidi bin  Ahmad Jailani mendapat ranking ke 9 daripada 69 pemanah.

Kumpulan
SEPINTAR di bawah label HAFA ARCHERY telah mendapat tempat ketiga Olimpik Round Berpasukan setelah menang  bertemu dengan rakan seperguruan, HAFA A pada peringkat awal dan kalah sebanyak 49 mata sahaja semasa bertemu dengan pemanah Malaysia  dari UPM pada peringkat suku akhir dan berjaya mengalahkan pemanah Angkatan Tentera Malaysia pada akhirnya.

LAPORAN;
Rosila
ROSILA BINTI AMAT KAMARI


Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP