> SBPI Rawang: Majlis Kenduri Kesyukuran dan Ukhwah Sempena Minggu Orientasi, Pelancaran Kelab Tingkatan 1 dan E Dompet Tingkatan 1

Ahad, 8 Mac 2020

Majlis Kenduri Kesyukuran dan Ukhwah Sempena Minggu Orientasi, Pelancaran Kelab Tingkatan 1 dan E Dompet Tingkatan 1

 Alhamdulillah Kelab Tingkatan 1 dengan kerjasama Unit Kaunseling telah menjayakan Majlis Kenduri Kesyukuran dan Ukhwah Sempena Minggu Orientasi, Pelancaran Kelab Tingkatan 1 dan E Dompet Tingkatan 1 pada 7 Mac 2020 di Masjid AlQadisiah, Dewan AlAqsa dan Anjung Fathurrahman
Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil, Yassin dan doa selamat tanda kesyukuran dipimpin sendiri oleh anakanda En Hannan AJK Kelab Tingkatan 1
Selepas itu ibu bapa dan penjaga bergerak ke Dewan AlAqsa untuk majlis Perasmian Kenduri Kesyukuran dan Ukhwah Tingkatan 1, E Dompet Kelab Tingkatan 1 dan Kelab Tingkatan 1 oleh YDP PIBG Datok Hih Hazizah Kassim. Sebelum perasmian oleh YDP PIBG, Tn Haji Kamilen Marzoki selaku Pen Kanan sempat berucap untuk menitipkan semangat kepada ibu bapa agar terus merapatkan ukhwah dan bersama-sama memartabatkan Sepintar. Dalam ucapan perasmian YDP PIBG menyeru ibu bapa dan penjaga Tingkatan 1 untuk terus menyokong perkembangan anak-anak.Beliau memuji kehadiran begitu ramai ibu bapa dan inisiatif E Dompet Kelab Tingkatan 1 untuk membantu pihak sekolah. Selepas ucapan perasmian, hadirin dihidangkan tayangan video orientasi oleh PRS dan Persembahan murid Tingkatan 1 iaitu Dikir Barat. Selepas itu, majlis kemuncak program ialah jamuan iaitu kambing bakar yang ditaja oleh seorang ibu bapa Tingkatan 1 iaitu En Tarmizi, hidangan nasi arab dan pot luck sumbangan ibu bapa.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP