> SBPI Rawang: Taklimat Konvensyen YESS (Young Entreprenuers Strive For Success) 2020 peringkat Negeri Selangor

Rabu, 11 Mac 2020

Taklimat Konvensyen YESS (Young Entreprenuers Strive For Success) 2020 peringkat Negeri Selangor

10 Mac 2020
SEPINTAR telah menjadi tuan rumah Taklimat Konvensyen YESS (Young Entreprenuers Strive For Success) 2020 peringkat Negeri Selangor. Anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Selangor
Seramai 120 orang guru koperasi sekolah menengah dari negeri selangor telah hadir mendengar taklimat ini, juga dihadiri Pengarah SKM Negeri Selangor dan wakil dari JPN Selangor.
Sedikit perkongsian tentang YESS. Konvensyen ini di laksanakan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Ia adalah program pembudayaan keusahawanan koperasi sekolah bertujuan memupuk dan menerapkan nilai-nilai usahawan dalam diri pelajar.
Koperasi perlu mencipta produk inovasi yang perlu diketengahkan dalam bidang keusahawanan. Seiring dengan itu, program STEP (Sepintar Talents Enrichment Programme) menjadi tunjang kemenjadian murid dan membantu koperasi sepintar menjayakan program YESS sehingga ke peringkat kebangsaan sebelum ini.
Antara kejayaan Koperasi Sepintar dalam Konvensyen YESS :
2018
Peringkat Negeri Selangor :
-Tempat Pertama Produk Terbaik
-Tempat Pertama Pengurus Terbaik
Peringkat Kebangsaan
Saguhati
2019
Peringkat Negeri Selangor :
-Tempat Pertama Produk Terbaik
-Tempat Pertama Pengurus Terbaik
-Tempat Pertama Guru Pembimbing Terbaik
Peringkat Kebangsaan
Saguhati
Semoga ada sinar Koperasi Sepintar di peringkat negeri selangor dan kebangsaan pada tahun 2020

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP