> SBPI Rawang: Kejohanan Bola Jaring SBP Peringkat Zon Tengah A Tahun 2020

Isnin, 9 Mac 2020

Kejohanan Bola Jaring SBP Peringkat Zon Tengah A Tahun 2020

Tarikh. : 7/3/2020
Tempat : SESERI, KL
Hari. : Sabtu
Game 1: Sepintar 10-8 SBPI Gombak
Game 2: Sepintar 9-4 SESERI
Game 3: Sepintar 15-9 KUSESS
Game 4: Sepintar 8-7 BASIS
Game 5: Sepintar 20-1 SMAPK
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.
Kita JUARA!! 😍😍😍😍😍
Sepintar Juara Zon Tengah A SBP.
Terima kasih semua mendoakan kami.
Anugerah Penjaring Terbanyak
Deana Sofea bt Alfadino ( SBPI Rawang)
.......................
(Sedikit coretan PK Koku sepintar dan muhasabah diri buat pasukan Bola Jaring SBPI Rawang di peringkat SBP Zon Tengah A tahun 2020:)
Perjalanan pasukan Bola Jaring bermula seawal 5.30 pagi bersama GP Bola Jaring Pn Salwani dan Pn Nurul Amalina dari Sepintar ke SESERI. Pasukan dianggotai seramai 10 orang. Anak-anak puteri ini memulakan hari ini 7/3/2020 dengan Solat Tahajjud ( rutin harian di asrama) sebelum bergerak dengan kenderaan sekolah.
Mereka Solat Subuh dalam perjalanan. Sampai di Lokasi pertandingan jam 7,30 pagi.
Pasukan Sepintar membuka tirai pertandingan bertemu pasukan SBPI Gombak. Pasukan SBPI Gombak seringkali mengalahkan pasukan Sepintar. Di peringkat MSSD mahupun Zon Tengah SBP. Tetapi hari ini sejarah tercipta apabila pasukan Sepintar berjaya menumpaskan Integomb dgn beza jaringan 10 -8. Petanda baik di awal pagi ini.... Sepintar telah berjaya menumpaskan pasukan Integomb semasa Kejohanan MSSD. GP Bola Jaring sangat lega dgn kemenangan pertama ini. Mood pemain bertambah baik utk game seterusnya kerana musuh tradisi dapat ditumpaskan!
Perlawanan kedua dengan tuan rumah SESERI... Pastinya kekebihan pada pasukan tuan rumah dengan sokongan sendiri. Namun pemain Bola Jaring Sepintar tetap unggul dgn permainan tenang tanpa suara. Fokus... Menang bergaya 9-4. Harapan bersinar kembali... Dua pasukan gergasi Zon Tengah A dapat dikalahkan.
Team Sepintar kekal tenang meneruskan perjuangan hingga perlawanan ke-4. Sepintar menang tipis ke atas BASIS 8-7! Sangat mendebarkan!
Akhirnya perlawanan akhir berjaya mencapai bilangan jaringan yang paling banyak.... Mengalahkan SMAPK 20 -1. Dengan kemenangan ini maka terciptalah sejarah Sepintar buat pertama kali berjaya masuk pusingaan akhir Peringkat SBP Kebangsaan. Tahniah puteri puteri Bola Jaring Sepintar!
Tanpa dedikasi, disiplin, kesabaran, komitmen, minat, keringat, suka duka bertanding pasti kejayaan hari ini tidak tercapai. Selayaknya anda berhak menjuarai pertandingan hari ini. Kenangan manis buat pasukan Sepintar dapat mengalahkan pasukan yang kuat di Zon Tengah. SBP.
Sesuai dengan imej TMUA-nya, Pasukan Sepintar menjelmakan akhlak seorang hafizah, sopan sewaktu beraksi. Pemain senyap mengatur strategi. Penuh tawadhuk anak anak Puteri ini meneruskan permainan. Mereka tidak menyalahkan rakan sepasukan jika ada yang buat silap. Sentiasa “supportive”...
Sebelum masuk ke gelanggang mereka berdoa dalam bulatan. Mereka sematkan kata kata keramat Kokurikulum Kami Kebangsaan.
Mereka menghormati pasukan lawan. Keluar dari gelanggang penuh hormat dan tawadhuk wakaupun kemenangan demi kemenangan diraih. Terjelma roh Al Quran yang ada pada pemain Sepintar sekaligus membentuk jatidiri, mandiri dan atlit yang berakhlak. Syukur.... Alhamdulillah.
Jurulatih Sepintar, pn Salwani juga sangat berhikmah dalam memberikan arahan kepada para pemain. Ketenangan beliau menggambarkan keyakinan dan kepercayaan yang tinggi terhadap pasukan. Pn Salwani senyap di tepi gelanggang agar fokus pemain tidak terganggu.
Kekalkan jatidiri yang begini semasa pusingan akhir nanti. Pasti sesuatu hasil yang baik Allah akan beri. Tingkatkan prestasi anda selalu ingat Rukun 15....Koku kami Kebangsaan. Didoakan semoga cemerlang di peringkat seterusnya nanti. Semoga Allah kurniakan kemenangan dan kejayaan kepada pasukan Bola Jaring Sepintar. Anda mampu melakukannya!
Tahniah Tahniah Tahniah dan terima kasih pasukan Bola Jaring Sepintar 2020.Anda menjadi kebanggaan kami.
🌹🌹🌹🌹🌹
SITI AIDA IBRAHIM
PK KOKU SEPINTAR
8 MAC 2020

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP