> SBPI Rawang: Projek Menaiktaraf Masjid Al Qadisiah SBPI Rawang, Fasa 1

Rabu, 13 Januari 2021

Projek Menaiktaraf Masjid Al Qadisiah SBPI Rawang, Fasa 1










12.1.2021
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT projek menaiktaraf Masjid Al Qadisiah SBPI Rawang Fasa 1 berjaya dilaksanakan.
Terima kasih kepada semua penderma yang budiman dari kalangan ahli PIBG dan bukan ahli yang telah menyokong projek ini sejak misi pertama kutipan dana sempena program golf amal PIBG. Tidak dilupakan seluruh AJK Golf Amal PIBG 2017 yang komited menyumbang masa dan tenaga.
Ucapan terima kasih turut dirakamkan untuk AJK PIBG sesi 2017 sehingga 2020, ahli-ahli PIBG dan individu yang terus menerus memberi sumbangan demi menjayakan misi ini. Penghargaan juga diberikan kepada En Yuzairi yang telah berusaha gigih dalam menyiapkan kerja-kerja akhir projek Fasa 1.
Masjid Al Qadisiah akan memberi manfaat besar kepada anak-anak tahfiz ulul albab dan para guru serta seluruh warga Sepintar.
Rakaman gambar yang menunjukkan keadaan Masjid sebelum projek naiktaraf dimulakan dan keadaan terkini Masjid.
Gambar Ihsan dari Tuan Hj Nor Azam Abdullah, Pengetua Cemerlang SBPI Rawang.
 

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP