21-23 Mac 2016, Panitia Kemahiran Hidup telah menganjurkan program yang bermatlamat mencungkil bakat murid dalam masakan di kalangan murid dan terbuka hanya untuk murid puteri Tingkatan 1-3 sahaja. Tema masakan:
Kuih muih
Hidangan sepinggan lengkap
Aneka cup cake
Kesemua 8 kumpulan yang menyertai telah berjaya menyediakan menu serta hidangan seperti yang dirancang dan diadili oleh para hakim yang berkaliber dalam bidang makanan.