> SBPI Rawang: Program Outreach P.Islam PT3 2019

Sabtu, 28 September 2019

Program Outreach P.Islam PT3 2019

 Panatia Pendidikan Islam SBPI Rawang telah mengadakan Program Outreach P.Islam PT3 2019 pada 23.9.2019 ( Isnin) dan 27.9.2019 ( Jumaat) yang lalu.

Aktiviti dijalankan di Bilik Seminar Ibnu Khaldun.

Guru Pembimbing yang sangat berdedikasi menguruskan program tersebut ialah Pn Norrahila Hj Salleh dan Pn Farah Husna Ahmad.

Penglibatan semua calon PT3 . Aktiviti program ini sangat menarik dan bermanfaat kepada pelajar sebagai pembelajaran berpusatkan murid. Di samping sebagai ulangkaji sebelum Peperiksaan PT3 yg sebenar.

Tuan Pengetua Ustaz Hj Norazam juga turut menilai dan melihat persembahan murid T3 pada 27.9.2019. Semoga bermanfaat kepada pelajar T3.

Jutaan Terima kasih kepada Guru P.Islam Tingkatan 3 Pn Norrahila dan Pn Farah Husna.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP