> SBPI Rawang: Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan

Jumaat, 20 September 2019

Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan

 Kelab Robotik SEPINTAR ( 19.9.2019 ~ Khamis) telah menghantar dua kumpulan robotik bagi menyertai Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Universiti Nilai.

Satu daripada dua kumpulan layak ke pusingan akhir, dan seterusnya mencatat nama selaku 'Top 20'. Secara tak langsung telah melayakkan diri ke Peringkat Antarabangsa yang dijadualkan berlangsung pada November akan datang. Pasukan yang diwakili 3 puteri Sepintar yang berjaya ke pusingan seterusnya.

Alhamdulillah, tahniah kepada anak-anak SEPINTAR serta semua guru yang terlibat. Doakan agar mereka dapat lakukan yang lebih baik di Peringkat Antarabangsa nanti.

RAC '19 ANNUAL CHAMPIONSHIP
NATIONAL LEVEL
Robotic & Coding Competition
Venue: Nilai University
Date : 19/9/2019

Satu team robotik sepintar berjaya ke peringkat antarabangsa seterusnya

SEPINTAR Q
1. Nur firas wafiyah 4jm
2. Natasha Farhan 2ja
3. Nur ain 1jn




Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP