> SBPI Rawang: Makluman Kursus Kepimpinan "Tomorrow's Leader" LKP SBPI Rawang

Rabu, 23 Ogos 2017

Makluman Kursus Kepimpinan "Tomorrow's Leader" LKP SBPI Rawang



Kursus Kepimpinan "Tomorrow's Leader"
Lembaga Kepimpinan Murid
SBPI Rawang akan diadakan pada 25- 26 Ogos 2017 bertempat di Dewan Al Aqsa Sepintar.

Sasaran peserta adalah seramai 100 orang pemimpin pelajar yang terdiri daripada semua barisan exco sekolah 2017, pelapis exco 2018, pengawas sekolah yang sedia ada serta yang baru dilantik dan juga wakil pelajar daripada Badan Dakwah & Kerohanian( Badar), Pembimbibg Rakan Sebaya (PRS) dan Pengawas Pusat Sumber (PPS).
(Surat makluman kepada ibu bapa telah diberi kepada pelajar dan turut dimaklumkan melalui sms blasting.)

Program kepimpinan ini dikendalikan oleh KuisCell Sdn Berhad yang akan menggunakan pelbagai method kepimpinan .
Slot bersama Ustaz Don Daniyal pada 26 Ogos @ Sabtu pada pukul 10.30 pagi turut dibuka kepada ibu bapa peserta dan guru yang berkelapangan untuk hadir.

Peserta yang terlibat boleh balik selepas pukul 2 petang hari Sabtu
Harap maklum dan terima kasih.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP