> SBPI Rawang: Majlis Sambutan Rombongan Guru Dan Murid Dari Dayah Insan Qurani, Acheh, Indonesia ke SBPI Rawang.

Sabtu, 27 Januari 2018

Majlis Sambutan Rombongan Guru Dan Murid Dari Dayah Insan Qurani, Acheh, Indonesia ke SBPI Rawang.

 26 Januari 2018, Hubungan yang baik antara SBPI Rawang dan Dayah Insan Qurani, Acheh, Indonesia bermula sejak diadakan Program Pengukuhan Bahasa Arab murid SBPI Rawang ke sana pada tahun 2015, 2016 dan 2017 yang lepas.
Lawatan Guru Dan Murid Dari Dayah Insan Qurani, Acheh, Indonesia ke SBPI Rawang ini diharap meningkatkan lagi ukhuwwah dan kerjasama kearah merealisasikan keberkesanan pendidikan dan asuhan generasi hari ini untuk masa depan kedua-dua negara yang berjiran ini. InsyaAllah
Lawatan ini juga akan memperkenalkan SBPI Rawang dipersada antarabangsa.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YDP PIBG SBPI Rawang YB Bhg Datuk Azizah bt Kassim.
Antara tentatif majlis sambutan rombongan Dayah Insan Qurani, Acheh ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang ialah Jamuan  Makan Tengahari, kemudian mereka ke di Bilik Fathurrahman Learning Centre untuk Tayangan Multimedia tentang profil sekolah, mendengar ucapan Tuan Haji Addenan Bin Osman, Pengetua SBPI Rawang , berbalas  cenderahati  daripada Tuan Haji Addenan Bin Osman kepada Wakil Rombongan dan cendeharati tetamu kepada pihak sekolah.
Selepas itu mereka mengadakan lawatan sekitar sekolah, selepas Solat Asar rombongan bergerak ke Kuala Lumpur.
Semoga mereka mendapat kenangan yang manis dan berharga semasa berada di SBPI Rawang.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP