Perkongsian Ceramah Nuzul Quran di SEPINTAR 2014



 14 Julai 2014, Ceramah yang telah disampaikan oleh Dr Najmi Ahmad Al-Hafiz (Hospital Selayang) bermula dengan beliau mengimamkan solat Isyak dan Terawih (membaca Surah Yunus)
Intipati tazkirah :
5 tanda kita mencintai Al-Quran
  • Tilawah - Membaca Al-Quran
  • Tahfiz - Menghafaz Al-Quran
  • Tadabur - Memahami Al-Quran
  • Tatbiq - Melaksanakan Al-Quran
  • Tabligh - Menyampaikan/menyebarkan isi kandungan Al-Quran
Perkongsian Dr Najmi pengalaman menghafaz 30 Juzuk Al-Quran dimana beliau mula menghafaz dari Tingkatan 3. Beliau mengikuti kelas hafazan malam. Kabaikan menghafaz Al-Quran adalah membina fokus dan sangat-sangat membantu kecemerlangan akademik. Beliau juga menghabiskan hafazan 30 juzuk semasa tahun 2 di USIM.

Laporan : Ust Kosim Abd Ghani.