> SBPI Rawang: Kejohanan Tenis MSS Malaysia

Isnin, 1 April 2019

Kejohanan Tenis MSS Malaysia

 2 orang murid SBPI Rawang iaitu Majdina Bt Mansor (P-18) dan Mursyid Bt Mansor (L-15) telah mewakili pasukan tenis Selangor untuk menyertai kejohanan tenis MSS Malaysia yang telah berlansung pd 22 - 28 mac 2019 di Kompleks Tenis Negara Kuala Lumpur.
Dalam kejohanan peringkat kebangsaan tersebut, Pasukan Selangor P-18 telah menjadi johan manakala pasukan L15 hanya mampu meraih Naib Johan apabila tewas kepada pasukan Perak di peringkat akhir.
Walaubagaimanapun, pasukan tenis Selangor tetap mengungguli dan mengekalkan kejuaraan peringkat kebangsaan MSS Malaysia kali 8 berturut-turut.
Pasukan Tenis Selangor diterajui oleh En Mohd Iskandar B. Mohd Yusof selaku Ketua Jurulatih yang juga guru di sepintar; telah membimbing dan melatih skuad tenis Selangor selama 14 tahun.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP