Lawatan dari SK Seri Keramat, Maran


“Kami amat teruja hendak menjadi murid SBPI Rawang!” Demikian ujar salah seorang murid SK Seri Keramat, Maran, Pahang. Pada 8 Julai 2013 seramai 40 orang murid yang diiringi oleh 4 orang pendidik dari Sekolah Kebangsaan Seri Keramat, Maran, Pahang telah berkunjung ke SBPI Rawang untuk tujuan penanda aras dan motivasi murid Tahun 6.
                Ketibaan mereka yang diketuai oleh Cikgu Tun Mansor bin Tun Tahir, pada pukul 10.00 pagi telah disambut oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En Arbain Kasim, guru-guru kaunseling dan Unit Pembimbing Rakan Sebaya. Mereka disambut dengan upacara silat.
                Rombongan peserta seterusnya diperdengarkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh seorang murid Tingkatan 1. En Arbain Kasim kemudian member taklimat tentang SBPI Rawang. Seterusnya murid-murid Tahun 6 berinteraksi dengan PRS SBPI Rawang dalam suasana santai tapi padat dengan ilmu motivasi. Ketua Kaunselor SEPINTAR memberikan beberapa tips motivasi diri.
                Rombongan peserta kemudiannya menikmati juadah makan tengahari sebelum acara bergambar beramai-ramai. Pada pukul 1.00 tengahari, mereka menamatkan lawatan dan bertolak ke Kuala Lumpur.

DISEDIAKAN OLEH EN ESA ABD SAMAD