2ND ASEAN+3 Junior Science Odyssey
24 Jun - 1 Julai 2013, Pelajar SEPINTAR telah menyertai 2nd ASEAN+3 Junior Odyssey bertempat di Korea Science Academy Busan, Korea Selatan. Pasukan SBPI Rawang telah berjaya mendapat
Pingat Perak dalam aktiviti Kimia. Tiga orang pelajar yang terlibat adalah Annor Basyir Baihaqi bin
Anuzi. (Ting. 3JA), Nor 'Azam Khalis bin Mazrul Hisham (Ting.
3JM) dan Muhammad Najmi bin Risdan (Ting. 3JA). Guru penyelaras program ini adalah Pn
Shajaratudduur Hussin. Pelajar-pelajar terlibat didalam aktiviti kerja
lapangan dan aktiviti didalam makmal melibatkan matapelajaran Kimia, Fizik dan
Biologi. Penilaian dijalankan keatas kemahiran menjalankan aktiviti lapangan
(field work skills assessment) , kemahiran menjalankan eksperimen dimakmal (lab
skills assessment) yang melibatkan kemahiran menggunakan dan mengendalikan
dengan selamat alat radas makmal. Peserta juga dinilai berdasarkan persembahan
berkumpulan mengenai aktiviti lapangan dan makmal yang telah dijalankan
sepanjang minggu.