> SBPI Rawang: Majlis Perasmian Penutup Program Orientasi Pelajar Peralihan Thailand Kohort 3/2010

Selasa, 11 Mei 2010

Majlis Perasmian Penutup Program Orientasi Pelajar Peralihan Thailand Kohort 3/2010

Selama dua minggu dari 26 April hingga 11 Mei, pelajar peralihan Thailand telah menjalani Program Orientasi yang bermatlamat supaya pelajar dapat mengenali dan mengetahui suasana persekitaran dan budaya di sekolah berasrama penuh. Antara pengisian program adalah taklimat, ldk, usrah, amali riadhah dan lawatan. Majlis pada hari ini menandakan tamatnya program orientasi yang bertemakan "Kemesraan dan Kasih Sayang Teras Pembangunan Insan". Majlis telah sempurna dirasmikan oleh Tn Hj Zanal bin Dirin, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis ini turut disertai oleh guru-guru dan pelajar Thailand dari SBPI Gombak. Para tetamu telah disajikan dengan persembahan multimedia dan persembahan pelajar Thailand.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP