> SBPI Rawang: Program Jalinan bersama Murid Orang Asli

Rabu, 1 Jun 2011

Program Jalinan bersama Murid Orang Asli

 27 Mei 2011, Matlamat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.
Oleh itu bagi mencapai matlamat tersebut Panitia Sivik dan Kewarganegaraan SBPI Rawang telah mengadakan program jalinan bersama murid orang asli bertempat di Pusat Latihan Orang Asli, Kluang Johor. Program ini dikendalikan oleh fasilitator dari kalangan pelajar SEPINTAR sendiri. Program jalinan ini memberi peluang kepada pelajar SEPINTAR menabur jasa dalam mempertingkatkan ilmu kerohanian dan keagamaan di kalangan murid orang asli.
Bagi meningkatan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi pelajar orang asli mereka diberi peluang membuat persembahan secara berkumpulan. Disamping itu, bagi memperkukuhkan amalan solat, murid-murid orang asli didedahkan cara berwudhu dan solat jemaah secara praktikal.
Program 3 hari ini telah mendapat kerjasama padu dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta Pejabat Pelajaran Daerah Kluang. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Rostam Salimin, Penyelia Agama PPD Kluang. Semoga jalinan seperti ini dapat diteruskan lagi di tahun akan datang.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP