> SBPI Rawang: Majlis Berbuka bersama Tuan Hj Md Kasim Md Diah, Timb Pengarah BPSBPSK

Khamis, 9 Ogos 2012

Majlis Berbuka bersama Tuan Hj Md Kasim Md Diah, Timb Pengarah BPSBPSK

 8 Ogos 2012, Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam. Bulan penuh keberkatan dan kemuliaan ini diwarnai dengan aktiviti-aktiviti kerohanian dan amal ibadah bagi menambah keimanan setiap individu muslim tanpa mengira darjat. Sempena kehadiran bulan Ramadhan tahun 1433H, SBPI Rawang begitu berbesar hati mengadakan majlis berbuka puasa bersama Tn Hj Md Kasim Md Diah, Timbalan Pengarah BPSBPSK. Beliau sempat memberi ucapan berbentuk motivasi dan pentingnya minda kreatif untuk dikongsi bersama warga SEPINTAR. Beliau turut mengunjungi ruangan dapur Dewan Makan SEPINTAR bagi melihat sendiri ruang penyediaan makanan warga SEPINTAR. Terima kasih diucapkan kepada Tuan yang telah sudi bertandang ke SEPINTAR.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP