> SBPI Rawang: Kejohanan Memanah Surabaya Open

Rabu, 12 Jun 2013

Kejohanan Memanah Surabaya Open


31 Mei - 7 Jun 2013, Kami berkumpul di SEPINTAR pada jam 3 petang 31 Mei 2013 sebelum bertolak ke LCCT menaiki bas SEPINTAR.  Penerbangan dijadualkan pada jam 9.25 malam tetapi telah ditunda ke 10.45 malam oleh pihak AIRASIA.  Kami sampai di Surabaya pada jam 12.00 malam waktu Surabaya.  Kami disambut oleh Jurulatih Hafa Archery, Puan Faridah bt Osman dan rombongannya yang  telah sampai terlebih dahulu menaiki penerbangan yang lebih awal serta urusetia Kejohanan memanah Surabaya. 
Kami di bawa ke tempat penginapan di Hostel KONI Surabaya yang merupaka pusat sukan bagi kota Surabaya.
Kontigen memanah SEPINTAR terdiri dari 2 orang guru pengiring iaitu;
1.      Puan Rosila binti Amat Kamari
2.      Cik Azlina binti Abdullah

Serta 12 orang pemanah pelbagai kategori.
Kategori recurce lelaki
Nor Ezaidi Ahmad Jailani
Muhammad Izzudin bin Khairi
Muhammad Najmi bin Risdan
MuhammadSobree Iibu bin Hj Othman

Kategori recurve perempuan
Afifa Nur Atika bt Abdul Ghani Azizi
Puteri Ezreen Syarihah bt Megat Osman
Ainul Mardiyah bt Megat Osman
Nawwaratul Aini bt Muhammad

Kategori Compound Lelaki
Muhammad Harith bin ronhazli
Omar Abdul Aziz bin Osman

Kategori Compound Perempuan
Narizzatul najwa bt Muhammad Salehin

Ketegori Standard Bow
Aini Syukriah bt Sanam

Keseluruhan kontigen yang bernaung di bawah label Hafa Archery berjumlah 32 orang yang terdiri daripada pelbagai sekolah selain SEPINTAR iaitu SMS Kuala Selangor, SMKA Kuala Selangor dan SMK Seri Hartamas, Kuala Lumpur


Pada 1 – 2 Jun,  latihan rasmi telah dimulakan di Lapangan Memanah Srikandi Archery School, Surabaya.  Pemeriksaan peralatan juga telah dijalankan.

Pada 3-5 Jun, pertandingan memanah telah berlangsung. Seramai 180 orang pemanah dari seluruh Indonesia dan juga pasukan KPT dari Malaysia tyelah bertanding.
Pasukan recurve perempuan Hafa Archery yang diwakili oleh Afifa Nur Atika, Puteri Ezreen Syarihah  dan seorang dari SMK Seri Hartamas iaitu Puteh Mariam telah Berjaya ke peringkat akhir.
Pasukan compound lelaki Hafa Archery juga telah menunjukkan kehandalan dan berjaya  juga ke peringkat akhir.  Pasukan ini diwakili oleh Omar Abdul Aziz bin Osman, Muhammmad Harith bin Ronhazli dan Anwar Addiini dari SMS  Kuala Selangor.

Laporan oleh;

Rosila
Rosila Amat Kamari
Guru Penasihat Memanah SBPI Rawang 2013.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP