> SBPI Rawang: Hari Bahasa Antarabangsa

Isnin, 25 Ogos 2014

Hari Bahasa Antarabangsa

23 Ogos 2014, Bidang Bahasa telah menganjurkan Hari Bahasa Antarabangsa melibatkan bahasa Jepun, Perancis dan Korea. Program ini berlangsung dari jam 8.30 pagi - 4.00 petang di sekitar SEPINTAR. Aktiviti Bahasa Jepun adalah Explorace, Pertandingan Koir, Origami dan Lukisan Komik. Aktiviti Bahasa Perancis pula terdiri daripada Pétanque, Maître de conjugaison, Nommer les objets, Mereka komik, Virelangues dan Public Speaking. Manakala Bahasa Korea pula mengadakan aktiviti Koir, Mereka Design T-Shirt dan Memasak Makanan Korea. Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat menyemarakkan penggunaan bahasa-bahasa tersebut di kalangan pelajar SEPINTAR.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP