> SBPI Rawang: Mesyuarat Agung PIBG

Isnin, 2 Mac 2015

Mesyuarat Agung PIBG

 28 Februari 2015, Mesyuarat Agung PIBG telah adakan dengan jayanya di Dewan Al-Aqsa dengan kehadiran ibubapa yang memuaskan. Mesyuarat ini merupakan pertamuan penting bagi membincangkan usul-usul serta cadangan yang membina ke arah SEPINTAR yang lebih gemilang. Sebelum mesyuarat dimulakan, sesi taklimat kepada ibubapa telah disampaikan oleh Tn Hj Kamilen Marzoki, PK SEPINTAR. Pada mesyuarat ini, pemilihan AJK telah turut diadakan dan mengekalkan beberapa barisan AJK PIBG yang ada dengan YDP PIBG masih kekal dipegang oleh Pn Hazizah bt Kassim. Mesyuarat ini berjalan lancar dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP