6 Mac 2015, Majlis Makan Beradap kali ini dikendalikan oleh Rumah Topaz dengan tetamu jemputan Pn Hjh Hazizah bt Kassim. Majlis ini juga diadakan bagi meraikan kedatangan PK HEM baru, Tn Hj Tolhah bin Ramli yang menggantikan Pn Hashimah bt Harun.
'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.