> SBPI Rawang: Lawatan Penanda Aras JK PBS di SK Tmn Putra Perdana

Jumaat, 25 Mei 2012

Lawatan Penanda Aras JK PBS di SK Tmn Putra Perdana


 23 Mei 2012, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan sistem penilaian pelajar yang baru diperkenalkan untuk digunapakai di semua sekolah di Malaysia. Oleh kerana sistem ini masih baru, adalah penting bagi kami melihat sendiri pelaksanaannya di sekolah rintis projek ini. Taklimat telah disampaikan oleh Pn Siti Habsah Ahmad, Penolong Kanan SK Tmn Putra Perdana. Selepas taklimat ahli rombongan telah dibawa melawat ke bilik Operasi PBS Sekolah. Pelbagai ilmu telah ditimba sepanjang lawatan kami dan ini menambah keyakinan ahli dalam melaksanakan PBS di SEPINTAR. Terima kasih kepada SK Tmn Putra Perdana yang telah sudi menerima kunjungan kami. 

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP