> SBPI Rawang: Pertandingan Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO)

Khamis, 3 Mei 2012

Pertandingan Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO)



26 - 29 April 2012, SBPI Rawang telah menghantar 4 orang pelajar ke Pertandingan Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO) 2012 bertempat  di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Peserta SEPINTAR telah memenangi  Anugerah Gold Prize bagi Ciptaan Semburan Semulajadi Elygiary dan mendapat Anugerah Bronze Prize bagi Projek MyMics. Tahniah dan syabas kepada Pn Khairul Kamariah bt Aziz dan Pn Sakinah Yusoff selaku pembimbing dan semua guru yang memberi sumbangan dalam kejayaan ini.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP