> SBPI Rawang: Mesyuarat Agung PIBG kali ke 11

Isnin, 8 April 2013

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 11

 5 April 2013, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-11 telah diadakan mengikut perancangan bertempat di dewan al-aqsa. Antara agenda mesyuarat pada kali ini adalah pembentangan laporan kewangan, perbincangan usul dan perlantikan AJK yang baru.  Selepas kiraan undi, En Ibrahim Saddiqi telah dilantik sebagai YDP PIBG yang baru menggantikan Tn Hj Zulkifli Baharom yang meletakkan jawatan kerana anak beliau telah menamatkan persekolahan di SEPINTAR. Warga SEPINTAR mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Zulkifli diatas sumbangan serta peranan beliau dalam PIBG.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP