> SBPI Rawang: SCIENCE TECHNOLOGY EDUCATION FESTIVAL( SCITECH 2017)

Khamis, 6 April 2017

SCIENCE TECHNOLOGY EDUCATION FESTIVAL( SCITECH 2017)

 3-4 April 2017, SBPI Rawang telah menghantar penyertaan ke Pertandingan SciTech 2017 yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Shah Alam. Seramai 11 murid SBPI Rawang telah menyertai pertandingan iaitu Roket Air, Kapal Terbang Kertas, Drama Sains, Rekacipta dan Inovasi serta Kereta dan Bot Solar. Pasukan SBPI Rawang telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan Kereta dan Bot Solar dan menerima hadiah berupa 2 piala, tiket Aquaria dan wang tunai RM400.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP