> SBPI Rawang: Kursus Imam dan Bilal 2011

Selasa, 2 Ogos 2011

Kursus Imam dan Bilal 2011


Kursus Imam dan Bilal telah diadakan pada 29 - 31 Julai 2011 bertempat di Masjid Al-Qadisiah SEPINTAR. Sasaran kursus ini adalah pelajar putera dan puteri tingkatan 4. Seramai 9 Fasilitator lelaki dan 9 Fasilitator perempuan dari Siswa UIAM dan Darul Quran mengendalikan program ini. Para peserta telah memberi komitmen yang baik dalam aktiviti yang diadakan. Majlis Perasmian Penutupan program ini telah disempurnakan oleh Pn Hjh Senaini, Pengetua Cemerlang SEPINTAR pada hari Ahad, 31 Julai 2011. Semua peserta diharapkan dapat mengaplikasi semua ilmu yang diperolehi sepanjang program ini.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP