> SBPI Rawang: Penyampaian Sijil Kejayaan Pasukan RnD

Isnin, 6 Januari 2014

Penyampaian Sijil Kejayaan Pasukan RnD




 Pada  bulan November 2013 yang lalu, pasukan Young Inventors Team A dan Team B yang disertai oleh 8 orang pelajar Tingkatan 4 2013 telah menyertai 3 pertandingan di peringkat antarabangsa dengan mempertaruhkan 2 projek bertemakan From Waste To Wealth iaitu Inorganic Neutralizer And Heavy Metal Adsorbent In WasteWater Treatment dan Super Ag Lime Blend- Treatment for Acidic Soil.

Bagi pertandingan pertama, pada 11-19 November 2013, kedua-dua pasukan iaitu seramai 4 orang pelajar diiringi dua orang guru  terbang jauh ke Eropah iaitu di 38th International Invention Show (INOVA 2013), Zagreb, Croatia. Pojek pertama mendapat Gold Award dan  anugerah khas Special Award dari World Invention Intellectual Property Associations (WIIPA manakala projek kedua mendapat Silver Award dan anugerah khas  dari Korea Innovation Association. Untuk pengetahuan semua, pertandingan ini melibatkan 32 buah negara antaranya Sweeden, Kanada, Taiwan, Romania, Turkey, Maldova, Sepanyol, Nigeria, Ukraine, Russia, Jepun, Bosnia, Bangladesh, Indonesia, Croatia,  dan banyak lagi yang melibatkan hampir 600 produk bagi kategori terbuka dan penyeldik muda. Sebelum berangkat pulang ke Malaysia Delegasi Malaysia turut menghabiskan masa cuti di Venice, Itali selain transit seketika di Doha, Qatar yang mengambil masa 16 jam untuk tiba di Malaysia.
Bagi pertandingan kedua, pada 7-9 November 2013, kedua-dua pasukan ini mendapat 2 Anugerah Gold Award di mana Projek pertama mendapat anugerah khas Special Award dari Korea Innovation Association di International Conference and Exposition On Invention of Institutions Of Higher Learning (PECIPTA) di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) kategori Young Inventors. 

Atas kejayaan-kejayaan yang ditempa menerusi 2 projek ini sepanjang tahun 2013 iatu selain di Macau dan Korea, Kementarian Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Institut Nuklear Malaysia telah memilih 2 projek ini sebagai finalis Anugerah Inovasi Negara bersempena World Innovation Forum Kuala Lumpur (WIFKL) pada 11-14.November bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)  . Hanya 10 buah sekolah dari ribuan sekolah di seluruh negara terpilih ke persidangan ini di mana 2 pasukan ini berjaya membawa pulang hadiah RM2000 dengan sijil pencapaian serta pakej bermalam di Hotel Arena All Stars dan makan minum di hotel dan KLCC selama 4 hari sepanjang majlis berlangsung.

Kedua-dua  projek ini adalah dibawah seliaan Pn. Marlina binti Mat Napes dibantu oleh Pn.Shajaraturrdurr bt Husin dan Pn,KairulAfdzar binti Ahmad Shah dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Kimia, UPM





Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP