Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

Pelancaran Verbal Enhancement Programme Bidang Bahasa

Imej
 26 Februari 2016, Verbal Enhancement Programme (VEP) diperkenalkan pada tahun 2014 bertujuan untuk memantapkan penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan murid SEPINTAR. VEP melibatkan semua Panitia di bawah Bidang Bahasa SEPITAR. Pada majlis pelancaran ini, para murid turut diberi pendedahan dalam teknik perbahasan yang telah disampaikan oleh Dr Ramalinggam Rajamanickam, Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang UKM. Ses ceramah ini merupakan kerjasama dengan YDP PIBG, Pn Hjh Hazizah bt Kassim.

Pertandingan MTQ Peringkat Sekolah

Imej
 17 Februari 2016, Pertandingan ini diadakan adalah sebagai persediaan melahirkan generasi muda yang dapat merealisasikan pelbagai aspek pembinaan akliah dan rohaniah, di samping untuk mencari bakat-bakat baru bagi mewakili sekolah dalam Karnival Dakwah pad bulan Mac nanti. Antara acara yang telah diadakan adalah Syarahan Agama Bahasa Melayu, Tilawah Al-Quran, Hafazan Hadis, Tulisan Khat, Tulisan Jawi dan Nasyid.

Pelancaran Bulan Bidang Kemanusiaan

Imej
 16 Februari 2016, Majlis pelancaran ini telah diadakan di Dewan Al-Aqsa, SEPINTAR. Antara objektif utama program ini adalah memperkukuhkan kefahaman murid terhadap mata pelajaran dalam bidang ini serta dapat mengaplikasi kefahaman mereka dalam kehidupan seharian. Sepanjang bulan ini, pelbagai aktiviti telah dirancang mengikut matapelajaran dalam bidang kemanusiaan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR.

Kejohanan Memanah MSSD Gombak

Imej
  Kejohanan Memanah MSSD Gombak dr 1-5 Feb 2016 di SMK Gombak Setia. SBPI Rawang berjaya mengekalkan kejuaraan bagi 3 tahun berturut2. Berjaya mengutip 15 pingat emas, 4 pingat perak, 19 gangsa. 7 atlit layak ke MSSS pada 23-25 Februari 2016 di SK Seksyen 7, Shah Alam.

Majlis Konsultasi dan Akujanji Murid T3 dan T5

Imej
 5 Februari 2016, Majlis yang diadakan bertempat di Dewan Al-Aqsa ini merupakan satu usaha pihak sekolah dalam menunjukkan kesungguhan warga SEPINTAR dalam meemastikan kejayaan murid. Majlis yang diadakan ini telah mendapat sambutan dari ibubapa yang hadir dan berjalan mengikut jadual yang telah dirancang.