> SBPI Rawang: ASEAN+3 STUDENT CAMP & TEACHER WORKSHOP FOR THE GIFTED IN SCIENCE

Isnin, 1 Februari 2016

ASEAN+3 STUDENT CAMP & TEACHER WORKSHOP FOR THE GIFTED IN SCIENCE

 Pada 24 - 31 Januari 2016, program ACGS telah diadakan di Changwon Science High School, Changwon, Korea. Workshop untuk guru dan murid telah diadakan. 
Malaysia diwakili oleh 2 guru (Pn Kairulafdzar Bt Ahmad Shah dr SBPI Rawang dan En Irwan Hamzah dr SDAR) dan 8 murid (3 murid Sekolah Seri Puteri, seorang dari STAR, seorang dari SDAR dan 2 dari SBPI Rawang). Berbagai- aktiviti diadakan termasuk beberapa tajuk workshop iaitu Light Bulb, Patterns, DNA, Green Energy, Field Research Project. Lawatan ke Galjeon Green Garden, Winter Activity di Bogok Hawaii. Guru-guru berbengkel mengenai 2D to 3D, Secret of Mysterious Island, Kalimba, dan Finger Print of Elements. Teachers visit to Yongdusan Park, Nampondong Tour Busan, Hapcheon Image Theme Park dan Tripikata Koreana.
Pencapaian :
Malaysia memperolehi 3 emas, 3 perak dan 2 gangsa. Bagi SEPINTAR, Ahmad Syahmie bin Muhamad Sade (3JA) memperolehi 1 emas dan Farah Amira Bt Mohd Rosli (2JF) mendapat 1 gangsa menjadi kebangaan SEPINTAR alhamdulillah. Satu pengalaman yang sangat berharga dan tidak dapat dilupakan oleh semua peserta.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP