> SBPI Rawang: Bengkel Penerangan dan Pengisian Diari Murid Cemerlang (DMC) SEPINTAR

Sabtu, 4 Januari 2020

Bengkel Penerangan dan Pengisian Diari Murid Cemerlang (DMC) SEPINTAR

 4 Januari 2020
Unit bimbingan dan kaunseling (ubk) sepintar telah mengendalikan bengkel penerangan dan pengisian diari murid cemerlang (dmc) sepintar.
Peserta bengkel terdiri daripada murid-murid tingkatan 2-5.
Dalam bengkel berkenaan, murid-murid dipandu langkah demi langkah bagaimana mengisi dmc, khususnya yang melibatkan penetapan sasaran, graf headcount dan diari harian.
Insya-Allah penggunaan dmc akan memantapkan sahsiah, kemandirian dan disiplin kendiri murid-murid sepintar seterusnya menaikkan lagi pencapaian akademik dan hafazan mereka.
Ini bertepatan dengan kajian tangney, baumiester dan boone (2004) yang mendapati kawalan disiplin kendiri memberikan kesan yang signifikan terhadap pencapaian cemerlang akademik murid, insya-Allah.
Anak-anak sepintar, istiqamahlah mengisi dmc, ya.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP