> SBPI Rawang: Pendaftaran Masuk Murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Isnin, 10 Januari 2022

Pendaftaran Masuk Murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

 






9 jan 2022 bersamaan 5 jamadilakhir 1443.
Pendaftaran masuk murid tingkatan 4 dan tingkatan 5.
Saringan kendiri covid-19 dilaksanakan sebelum murid dibenarkan masuk ke asrama. Di asrama, barang-barang akan disanitasi terlebih dahulu.
Langkah-langkah ini adalah untuk memastikan asrama sepintar bebas covid-19, insya-Allah.
Kepada pasukan guru-guru dan warden yang bertugas, semoga Allah mengganjari kalian.
Terima kasih ibu bapa yang menghantar anak-anak dalam tempoh waktu yang ditetapkan.
Kepada murid-murid ting 4&5, selamat kembali ke sepintar. Fokus pada belajar. Mujahadah lupakan seketika gajet, netflix, tilam dan bantal.
Kepada murid-murid ting 1,2&3, ikuti pdpr dengan sebaiknya. Istiqamah ikuti kelas dalam talian ya, terutamanya hafazan.
Kuatkan disiplin kendiri. Rukun15 jangan tinggal.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP