Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2022

Larian Merentas Desa SBPI Rawang

Imej
22 Jun 2022, Unit KoKurikulum SBPI Rawang telah melaksanakan Larian Merentas Desa SBPI Rawang yang telah dijalankan di dalam perkarangan sekolah. Penyertaan kali ini melibatkan murid Tingkatan 4 dan 5. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. 

LDP SKPMg2 BUAT PEG PENILAI PBPPP

Imej
SEKITAR LDP SKPMg2 BUAT PEG PENILAI PBPPP  Rabu 22/6/22  11:00-2:00 PTG  

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR L18 3 PENJURU SBPIRAWANG SMK TAMAN DESA 2 SK TAMAN DESA 2

Imej
18 Jun 2022,  PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR L18 3 PENJURU telah diadakan bertempat di Gelanggan Bola Tampar SBPI Rawang melibatkan SBPIRAWANG, SMK TAMAN DESA 2 dan SK TAMAN DESA 2. Diharapkan penganjurran ini memberi pendedahan berguna kepada semua pemain.

Bicara Santai Zaadun Nisa'

Imej
  17/6/2022, Bicara Santai Zaadun Nisa' kali ini membicarakan tentang Pengurusan Haid yang disampaikan oleh 4 orang pegawai LPPKN bersama 2 orang guru SEPINTAR. Moga perkongsian yang sedikit ini dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar puteri yang hadir.

Aktiviti Sukan Renang 1

Imej
  17 Jun 2022𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡 membuka tirai pada tahun ini dengan aktiviti sukan renang, bertempat di Kelab Rahman Putra Swimming Pool. Kumpulan pertama melibatkan 25 orang murid lelaki tingkatan 1. Antara aktiviti yang dipelajari semalam adalah pengenalan tentang swimming pool, bubbling & kicking.

𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐒𝐜𝐢𝐞𝐧𝐜𝐞 𝐂𝐡𝐚𝐥𝐥𝐞𝐧𝐠𝐞 (𝐍𝐒𝐂) 𝟐𝟎𝟐𝟐

Imej
16/6/2022, Seramai 210 orang murid dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 4 telah menyertai 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐒𝐜𝐢𝐞𝐧𝐜𝐞 𝐂𝐡𝐚𝐥𝐥𝐞𝐧𝐠𝐞 (𝐍𝐒𝐂) 𝟐𝟎𝟐𝟐. Pertandingan dijalankan secara dalam talian dalam bentuk kuiz individu.

Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2021

Imej
16 Jun 2022, SBPI Rawang telah mengadakan majlis penyerahan keputusan SPM 2021 bertempat di Dewan Al-Aqsa. 

𝐏𝐮𝐬𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐊𝐮𝐢𝐳 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢

Imej
(15/6/2022), 4 orang pelajar tingkatan 4 telah menyertai 𝐏𝐮𝐬𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐊𝐮𝐢𝐳 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 anjuran DBP secara dalam talian dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari.  

Akademi Daie Peña Muda Peringkat Negeri Selangor

Imej
Sdr. Muhammad Hasif Zuhdi bin Ibrahim satu-satunya wakil SEPINTAR yang berjaya mengisi slot ke Akademi Daie Peña Muda Peringkat Negeri Selangor. Pertandingan telah dilangsungkan secara dalam talian pada hari Selasa, 14 Jun 2022 melalui platform Google Meet.  

Hafazan Semasa Cuti Sekolah (𝗛𝗔𝗠𝗔𝗦𝗔𝗛 𝟮.𝟬) dalam Talian

Imej
Program Hafazan Semasa Cuti Sekolah (𝗛𝗔𝗠𝗔𝗦𝗔𝗛 𝟮.𝟬) telah dilaksanakan secara dalam talian dan bersemuka sepanjang cuti penggal pertama pada minggu lepas, bermula 4 hingga 12 Jun 2022. Seramai 200 orang pelajar SEPINTAR telah menyertai 𝗛𝗔𝗠𝗔𝗦𝗔𝗛 𝟮.𝟬 𝘖𝘯𝘭𝘪𝘯𝘦 bersama 14 orang guru TMUA. Antara pencapaian terbaik adalah ramai pelajar berjaya tasmik lebih dari 30 muka surat dalam 4 hari.