> SBPI Rawang: Program Sport Icons Tour

Rabu, 1 Jun 2022

Program Sport Icons Tour

 









1 Jun 2022 bersamaan 1 zulkaedah 1443
Program sport icons tour anjuran sekretariat sukan untuk wanita majlis sukan negara telah memulakan jelajahnya dengan memilih sepintar sebagai lokasi sulung.
Program ini menampilkan dua ikon sukan negara; datuk zaiton othman dan cik rachel yeoh li wen. datuk zaiton merupakan atlet lagenda negara, memenangi pingat emas 4x400m sukan asia 1978, tiga emas dan satu perak di sukan sea manila 1981 dan dalam pelbagai acara lain di peringkat serantau. bekas olahragawati kebangsaan itu merupakan wanita pertama menyandang jawatan pesuruhjaya sukan sebelum bersara pada tahun 2019.
rachel yeoh li wen pula merupakan ikon gimnas negara yang sangat hebat. dalam sukan sea 2021 yang diadakan di hanoi baru-baru ini, rachel telah berjaya membawa pulang 2 pingat emas dan 1 pingat gangsa dan dinobatkan sebagai atlet terbaik negara dalam kejohanan berkenaan.
kedua-dua ikon sukan ini telah berkongsi rahsia kejayaan masing-masing. mereka berjaya menyuntik semangat murid-murid sepintar untuk cemerlang dalam apa saja bidang yang mereka cebuti. fokus dan usaha gigih merupakan dua sikap utama yang menjadi prasyarat kepada kejayaan.
berkaitan program rukun 15 sepintar, datuk zaiton sangat teruja dan menyokong pelaksanaannya, kerana program ini sama dengan teknik “imagery” dalam psikologi sukan yang terbukti meningkatkan pencapaian atlet. untuk membuktikannya, beliau menceritakan mengenai datuk dr m.jegathesan, pelari pecut negara yang berjaya menjadi manusia terpantas asia dalam sukan asia bangkok 1966. beliau berjaya menggondol 3 pingat emas dalam acara 100 meter, 200 meter dan lari berganti-ganti 4 x 100 meter. the flying doctor ini terkenal mengamalkan teknik imagery dalam regim latihannya.
program sport icons’ tour dirasmikan oleh en suhardi alias, timbalan pengarah (strategik) majlis sukan negara.
sepintar menguicapkan jutaan terima kasih kepada datuk zaiton dan rachel serta msn yang memilih sepintar untuk melaksanakan program ini.
Sekalung penghargaan juga kepada en hasni abdul aziz, ketua cawangan pembangunan sukan sekretariat wanita dalam sukan msn yang menjadi penghubung utama antara sepintar dan msn sehingga program hebat ini dapat dijayakan.
Tidak dilupakan pn hajah siti aida pk koku dan pasukan kokurikulum beliau yang bertungkus lumus menguruskan program ini di peringkat sekolah.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP