> SBPI Rawang: 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐈𝐒 𝐌𝐒𝐒𝐃 𝐆𝐎𝐌𝐁𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟐

Jumaat, 8 Julai 2022

𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐈𝐒 𝐌𝐒𝐒𝐃 𝐆𝐎𝐌𝐁𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟐





SBPI Rawang sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Pengelola Kategori Sek. Menengah dalam menganjurkan 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐈𝐒 𝐌𝐒𝐒𝐃 𝐆𝐎𝐌𝐁𝐀𝐊 pada tahun ini. Pihak sekolah berganding bahu bersama SK Taman Selasih selaku Pengerusi Pengelola bagi Sek. Rendah.
Kejohanan telah dilangsungkan dengan jayanya pada 4-7 Julai 2022, bertempat di Kompleks Sukan Taman Tasik Titiwangsa.
Sukacita dimaklumkan seorang atlet SEPINTAR, Muhammad Adam Fahmy B. Azman berjaya merangkul pingat gangsa dalam kategori L15 perseorangan. Beliau akan mengikuti sesi pemilihan dan latihan pusat yang akan diadakan pada 18-21 Julai 2022.
Tahniah dan syabas buat pemain dan semua guru yang terlibat

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP