> SBPI Rawang: Anugerah Sistem Rumah Bulanan dan Penghargaan SPM

Isnin, 22 Mac 2010

Anugerah Sistem Rumah Bulanan dan Penghargaan SPM

Pada pagi ini telah berlangsung dua acara yang bertujuan memberi semangat kepada semua untuk terus berjaya. Penyampaian Anugerah Sistem Rumah Bulanan telah disampaikan oleh Pn Hjh Senaini bt Long, Pengetua SEPINTAR kepada Rumah yang berjaya. Selepas acara penyampaian Anugerah Sistem Rumah, Tn Hj Zulkifli Baharom, YDP PIBG telah berbesar hati menyampaikan plak bagi menunjukkan tanda penghargaan pihak PIBG di atas kecemerlangan SEPINTAR pada SPM 2009 yang lalu.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP