> SBPI Rawang: Kejohanan Bola Sepak MSSD Gombak (Zon A)

Selasa, 23 Mac 2010

Kejohanan Bola Sepak MSSD Gombak (Zon A)


Pada 22 Mac 2010 telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak MSSD Gombak peringkat Zon. Pasukan SEPINTAR telah diletakkan di dalam zon A terdiri dari psukan SMK Seri Garing, SMK Darul Ehsan, STAR, SMK Lembah Keramat dan SM Teknik Sg Buloh. Perlawanan yang berlangsung seawal 8.30 pagi dan tamat tepat jam 6.45 petang berkesudahan pasukan SEPINTAR memenangi empat perlawanan manakala keputusan Seri ketika menenentang SMK Seri Garing. Keputusan ini meletakkan pasukan SEPINTAR sebagai Johan Zon A dan melayakkan pasukan untuk mara ke pusingan ke-2 pada 25 Mac 2010 di SMK Sri Kundang.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP