> SBPI Rawang: Ogos 2010

Selasa, 31 Ogos 2010

Kelas PKA Tetap Berjalan

Usaha gigih tanpa mengira masa merupakan kunci kejayaan insan. Itulah yang ditunjukkan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 walaupun hari ini merupakan Cuti Umum Hari Kebangsaan. Kelas-kelas PKA tetap berjalan seperti biasa di Dewan Al-Aqsa dan Bilik Seminar. Semoga semua pengorbanan akan membuahkan hasil kelak.

Kelas DELF

Pelajar-pelajar Bahasa Perancis sedang mendengar mendengar taklimat dari Cik Mardiana, Guru Bahasa Perancis SEPINTAR bagi mengisi meningkatkan kemahiran pelajar bagi menghadapi ujian DELF. Beliau turut dibantu Saudara Amin yang merupakan lepasan SEPINTAR 2009.

Isnin, 30 Ogos 2010

Ziarah Kelab Guru dan Kakitangan ke rumah Pn Kairulafzar

Kelab Guru dan Kakitangan SEPINTAR pada hari ini telah mengadakan ziarah ke rumah Pn Kairulafzar, Guru SEPINTAR yang telah ditimpa kemalangan di kawasan sekolah. Beliau yang kelihatan beransur pulih dilaporkan akan berikhtiar untuk kembali bertugas selepas Hari Raya Puasa. Seluruh warga SEPINTAR mendoakan kesihatan beliau dan berharap beliau tabah menghadapi dugaan ini.

Sambutan di Ambang Merdeka 2010

Sempena dengan Bulan Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan yang akan diadakan pada 31 Ogos 2010, pihak sekolah telah mengadakan satu ceramah bagi menghayati erti kemerdekaan. Sambutan ini diadakan pada waktu pagi selepas sessi perhimpunan Isnin di Dewan Al-Aqsa. Ceramah telah disampaikan oleh Tn Hj Jamaluddin iaitu ayahanda kepada En Mustafa Kamal, PK Kokurikulum SEPINTAR.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Majlis Khatam Al-Quran


26 Ogos 2010, SEPINTAR telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, Iftar Jamaei dan Solat Hajat Perdana dengan jayanya. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh pelajar-pelajar dan telah dirasmikan oleh Tn Hj Kholil. Selapas solat maghrib, para tetamu dan ibubapa telah disajikan dengan juadah berbuka puasa di Dewan al-Aqsa, Dataran Raudhah dan Dewan Terbuka. Pihak SEPINTAR mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah hadir.

Rabu, 25 Ogos 2010

Persiapan Majlis Khatam Al-Quran, Iftar Jamaie dan Solat Hajat

Persiapan untuk menghadapi Majlis Khatam Al-Quran, Iftar Jamaie dan Solat Hajat nampaknya sedang rancak dijalankan. Khemah-khemah telah siap dipasang di perkarangan masjid dan dataran Raudhah sejak awal pagi. Diharapkan majlis ini mendapat sokongan ibubapa melalui kehadiran semua. Tentatif adalah seperti yang telah diedarkan.

Persiapan Raya Pelajar Darul Ansar

Pelajar-pelajar Darul Ansar pada pagi ini telah dibawa untuk membeli belah di sekitar Shah Alam bagi persiapan menjelang Hari Raya. Mereka dijadualkan akan balik ke kampung lebih awal berbanding pelajar lain iaitu bertolak dari Rawang pada malam 31 Ogos 2010.

Selasa, 24 Ogos 2010

Jamuan Moreh Ramadhan

Suasana jamuan moreh yang diadakan sesudah solat tarawikh setiap malam sepanjang bulan Ramadhan. Makanan disediakan hasil kutipan dan sumbangan ikhlas. Pelajar-pelajar dijamu mengikut giliran dan hari masing-masing. Ini merupakan salah satu aktiviti Ihya Ramadhan SEPINTAR. Terima kasih kepada individu-individu yang telah sudi memberikan sumbangan ikhlas.

Isnin, 23 Ogos 2010

Majlis Berbuka Majlis Warden di De Anjung Sg Choh


Sempena Bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, Pn Hjh Maimunah Ismail(PK HEM) menganjurkan majlis berbuka puasa bersama warden-warden dan keluarga masing-masing di Restoran De Anjung. Majlis diserikan dengan kehadiran Pn Hjh Senaini Long bersama keluarga.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Iktikaf Ramadhan di Masjid Bandar Tasik Puteri

Pelajar-pelajar Putera dan Puteri Tingkatan 1 sedang mengikuti Program Iktikaf di Masjid Bandar Tasik Puteri yang dianjurkan oleh BADAR, HEM dan mendapat kerjasama daripada kariah Masjid.
Pelajar-pelajar ini akan berada di sana selama 3 hari 2 malam turut juga mengikuti program pengisian tamrin. Fasilitator pada kali kali ini terdiri daripada beberapa orang pelajar lepasan SPM SEPINTAR 2009.

Rabu, 18 Ogos 2010

Jadual Program Perkampungan Ilmu 3-5 September 2010


PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU III : TINGKATAN 3 DAN 5 TAHUN 2010


Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa permuafakatan di antara PIBG dan pihak sekolah telah bersetuju mengadakan Program Perkampungan Ilmu bagi Tingkatan 3 dan 5 sebagai salah satu agenda kecemerlangan dalam peperiksaan bagi tahun 2010 ( jadual program seperti lampiran A dikembarkan).

3. Kehadiran pelajar dalam program ini adalah diwajibkan.

4. Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan/puan mematuhi jadual menjemput anak/jagaan bagi pelajar Tingkatan 3 dan 5 dibenarkan pulang ke rumah pada hari Ahad 5 September 2010 selepas solat zohor.

Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Jemputan dan Aturcara Majlis Khatam Al-Quran, Iftar Jama'ie dan Solat Hajat Perdana PMR & SPM 2010

MAJLIS KHATAM QURAN DAN BERBUKA PUASA SERTA SOLAT HAJAT PMR & SPM

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.


2. Pihak sekolah berbesar hati menjemput Datok / Datin / Encik / Puan / Cik hadir ke majlis tersebut seperti butiran dibawah :-


Tarikh : 26 Ogos, 2010 bersamaan 16 Ramadhan, 1431H ( Khamis )

Masa : 5.00 petang hingga 10.00 malam

Tempat : SBP Integrasi Rawang
Aturcara : Seperti dilampiran

3. Pihak sekolah memohon jasa baik Datok / Datin / Encik / Puan / Cik untuk mengesahkan kehadiran serta sumbangan pada atau sebelum 25 Ogos, 2010 bagi membantu melicinkan perjalanan program. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Pn. Hajah Maimunah Binti Ismail di talian 016-2086098.


Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Rabu, 11 Ogos 2010

Tadarus Al-Quran sempena Ramadhan

Sempena menyambut kedatangan Bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, SEPINTAR mengadakan Tadarus Al-Quran setiap hari Rabu diawal sessi persekolahan. Slot yang pada asalnya merupakan slot aktiviti kokurikulum diisi dengan aktiviti khatam bagi menambah keberkatan dan akan diadakan sehingga berakhirnya Ramadhan. Warga SEPINTAR juga sama-sama menunaikan solat Dhuha di akhir majlis.

English In Camp SBP 2010

ENGLISH IN CAMP

     On 6th August 2010,a very interesting camp was held at Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS SBT),Klang which is called ENGLISH IN CAMP. This camp was held to motivate students in using the English language in their school or hometown through some activities.Only four students had been chosen to participate in this camp which are:
  • Muinnuddin bin Salehuddin
  • Mohammad Ikhwan bin Mohamad Jalani
  • Amy Norfarahin bt. Norhan
  • Raihan Aliyah bt. Muhd Amir
  • Miss Xallawati(Teacher)
      This camp was held for almost 3 days 2 night.During this period,there were so many activities had been organised such as:
  • ice breaking
  • paper collage & public speaking
  • discovery trail(explorace)
  • paper shuffling
  • brain teaser
  • garage sale
However, the best part of the camp is the visit to the i-City,Shah Alam.Participants were brought there to see the fantastic colourful light arrangements and also to listen to some public speaking that had been delivered by the participants from eight different school.This activity is to encourage the students ability in speaking and delivering their thoughts to people in open area. 
     The closing ceremony was held on the third day. During this ceremony,two representatives from SEPINTAR received a trophyeach for 'Captain of Team' which is Muinuddin and 'Miss Congeniality' which is Amy Norfarahin.
     Last but not least,I hope that this kind of activity can be held at SEPINTAR because there are so many benefits that the students can get by joining this camp.That's all,thank you.

Reported by Ikhwan

Pertandingan Ragbi SBP 10's

Pada tanggal 6 Ogos 2010,Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang telah menghantar kontijen ragbi bawah 16 tahun,Rawang Rovers ke SBPI Kubang Pasu bagi menyertai Kejohanan Ragbi SBP 10’s.Seramai 16 orang pelajar telah menyertai kejohanan ini dengan diiringi 3 orang guru iaitu En. Shahnol b. Rozani,En. Mohd Iskandar b. Yusoff dan En. Mustafa Kamal b. Jamaluddin.Pasukan Rawang Rovers ke Kubang Pasu bersama – sama dengan pasukan SMS Selangor pada jam 9 pagi. Rawang Rovers telah ditempatkan dalam kumpulan O bersama Sekolah Menengah Sains Tunku Jaafar(STJ) dan Sekolah Menengah Sains Kuching.

Pada pagi 7 Ogos 2010,jam 10 pagi,cabaran bagi pasukan Rawang Rovers telah bermula dengan berlangsungnya perlawanan pertama menentang pasukan STJ. Pada separuh masa pertama,Rawang Rovers dikejutkan dengan ‘try’ pertama oleh pasukan STJ. Namun,berbekalkan keazaman yang tinggi,Rawang Rovers mula mengatur serangan balas dan hasilnya Rawang Rovers berjaya mendapatkan satu ‘try’ menerusi gerakan saudara Fauzan dan Sae’dan. Hasil ‘try’ pertama,semangat Rawang Rovers semakin membara untuk memburu lebih banyak mata. Akhirnya,pada minit – minit terakhir separuh masa pertama,Rawang Rovers berjaya mendapat satu lagi ‘try’ hasil larian saudara Aiman. Pada separuh masa kedua,perlawanan berlangsung dengan sengit namun,kedua – dua pasukan tidak berjaya mendapatkan mata. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Rawang Rovers dengan mata 12 – 7.

Seterusnya,pada jam 4 petang,Rawang Rovers meneruskan cabaran menentang SMS Kuching. Pada separuh masa pertama,Rawang Rovers memperoleh ‘try’ pertama menerusi larian saudara Sae’dan dan Aiman. Pada separuh masa kedua,Rawang Rovers memperoleh dua lagi ‘try’ menerusi saudara Amirul Firdaus dan saudara Aiman. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Rawang Rovers dengan mata 17 – 0. Dengan kedua – dua kemenangan tersebut,Rawang Rovers menjadi johan kumpulan dan berjaya melayakkan diri ke pusingan qualifying Cup/Plate.

Keesokan harinya,Rawang Rovers ditemukan dengan pasukan SMS Selangor pada perlawanan qualifying Cup/Plate. Sepanjang perlawanan tersebut,seramai 5 orang pemain Rawang Rovers mengalami kecederaan yang serius. Akibat daripada itu,Rawang Rovers dikalahkan oleh SMS Selangor dengan mata 0 – 31. Oleh itu,Rawang Rovers memasuki kategori Plate dan dijadualkan menentang SBPI Jempol pada saringan suku akhir Plate. Akibat kecederaan yang dialami oleh para pemain,Rawang Rovers kecundang dengan mata 0 – 5. Dengan kekalahan itu,maka berakhirlah perjuangan Rawang Rovers dalam kejohanan ini.

Pada 9 Ogos 2010,perlawanan akhir Cup menemukan SMS Selangor dan SEMASHUR. Perlawanan ini dimenangi oleh SMS Selangor dengan mata 12 – 7. Selepas perlawanan akhir,majlis penutupan telah diadakan dan dirasmikan oleh Pn. Ashah bt. Samah,Pengarah Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster.

Laporan oleh Rafdi

Selasa, 10 Ogos 2010

Majlis Perasmian Program Ihya' Ramadhan

Majlis yang telah diadakan di Dewan Al-Aqsa SEPINTAR ini bagi menerangkan program-program yang telah diatur pihak sekolah dalam bulan Ramadhan. Ucapan perasmian oleh Tn Hj Kamilen bin Marzoki, PK SEPINTAR. Selamat Berpuasa kepada seluruh warga SEPINTAR.

Ahad, 8 Ogos 2010

Karnival Inovasi Islam Kebangsaan 2010

Inovasi Memupuk Kemajuan Islam.Pada 8/8/2010,SEPINTAR telah mengadakan satu lawatan ke Karnival Inovasi Islam Kebangsaan yang terletak di Masjid Besi,Putrajaya.Karnival yang berlangsung dari hari Khamis hingga hari Ahad itu menyajikan pelbagai inovasi yang mampu meningkatkan daya kreativiti seseorang Muslim.Antara inovasi yang diperlihatkan seperti Mesin Menggilat Kasut Automatik,Rapid Halal Test,ND Camera yang mampu melihat siang dan malam dengan jelas dan tabung simpanan dinar milik Universiti Islam Antarabanga (UIA)..Diharapkan dengan adanya karnival seperti ini dapat memupuk minda yang kreatif dalam kalangan pelajar SEPINTAR yang akan menyertai pertandingan Inovasi terbuka SEPINTAR yang akan berlangsung sempena Hari Kualti Sekolah pada bulan Oktober nanti.

Dilaporkan Oleh : Izzatillah A. Hakim A. Karim

Sabtu, 7 Ogos 2010

Kem Waja Diri Rehat Minda Tingkatan 3

Berlangsung pada 7 Ogos 2010 bertempat di Kem D'Perkasa Rebutia Gombak dan telah disertai oleh seramai 84 orang calon PMR 2010. Program dimulakan dengan Taklimat oleh Ketua Kem, Pengenalan Diri Peserta, Aktiviti Outdoor dan Barbeque. Program ini bertujuan meningkatkan semangat pelajar ke arah kecemerlangan PMR 2010.
Laporan oleh Pn Sharifah Mariah Syed Hussin

Jumaat, 6 Ogos 2010

Sepetang Bersama Saudara Imran

Selepas solat Jumaat pada hari ini, pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 berpeluang meluangkan masa bersama Saudara Imran Mustafa,graduan Imperial College,London untuk sessi motivasi di Masjid Al-Qadisiah. Beliau merupakan Ex SEPINTAR yang melanjutkan pelajaran ke luar negara dan hadir untuk berkongsi pengalaman beliau berada di negara orang. Sejarah menunjukkan bahawa beliau merupakan antara pelajar terbaik yang pernah dilahirkan dari bumi SEPINTAR.Beliau merupakan graduan dalam bidang Fizik yang sememangnya merupakan keinginannya selama ini.
Dilaporkan oleh : Kia Fansuri

Khamis, 5 Ogos 2010

Ceramah Rekacipta/Inovasi dan Kaedah Penghakiman

Warga pendidik dan pelajar SEPINTAR pada petang ini telah menhadiri satu ceramah inovasi bertempat di Dewan Al-Aqsa SEPINTAR. Ceramah yang bermula jam 3 petang ini telah disampaikan oleh Hj Jasni Ismail, Pegawai Inovasi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP