> SBPI Rawang: Oktober 2010

Ahad, 31 Oktober 2010

Kursus Imam dan Bilal

 Bermula 29 hingga 31 Oktober 2010, pelajar tingkatan 3 dan 4 telah mingikuti Kursus Imam dan Bilal di SEPINTAR. Fasilitator yang telah dijemput untuk mengendalikan adalah dari Darul Quran. Majlis penutup telah di sempurnakan oleh Ustaz Kamilen bin Marzoki, Penolong Kanan SEPINTAR.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Mesyuarat Agung Koperasi SEPINTAR


Koperasi SEPINTAR telah mengadakan Mesyuarat Agung di Dewan Al-Aqsa dihadiri oleh semua pemegang syer koperasi. Pn Hjh Senaini bt Long, Pengetua SEPINTAR telah memberi ucapan dan menyampaikan hadiah. Pemilihan AJK baru serta pengumuman bonus dan honorarium telah diadakan pada mesyuarat ini.

Khamis, 21 Oktober 2010

Mesyuarat Prestasi Kontraktor Makanan, Keselamatan dan Kebersihan KPM


SEPINTAR telah diberi kepercayaan untuk menjadi Tuan Rumah mesyuarat yang berlangsung sepanjang hari. Cik Zakiah, Pegawai BPSBPSK telah mempengerusikan majlis.

Rabu, 20 Oktober 2010

Penyampaian Sijil kepada Ms Sasima


Pn Hjh Senaini telah menyampaikan sijil khidmat kepada Ms Sasima yang akan berangkat pulang ke Thailand pada malam ini. Turut sama bergambar kenang-kenangan adalah guru-guru yang turut mengajar kelas Darul Ansar.

Selasa, 19 Oktober 2010

Penyampaian Cenderamata kepada Pihak Sekolah oleh Ms Sasima Thui-On

Ms Sasima Thui-On merupakan Thai students' counsellors yang ditempatkan di SEPINTAR dari Julai 2010-Oktober 2010. Beliau pada pagi ini telah menyampaikan cenderamata kepada pihak sekolah kerana khidmat beliau di SEPINTAR akan tamat. Pihak SEPINTAR mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.


 

Isnin, 18 Oktober 2010

Hari Keluarga SEPINTAR 2010




 Program ini telah dijalankan dengan jayanya di Pantai Indah Seaview Resort, Jeram pada 16-17 Oktober 2010. Antara program yang telah diatur adalah Slot Tazkirah, Makan Malam, Telematch dan Santai di Kolam. Kegembiraan jelas terpancar di wajah setiap peserta dan sambutan yang diberikan amat manggalakkan. Permainan telematch telah diadakan dalam 7 kategori dan peserta telah menunjukkan skil masing-masing. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi 2 tahun akan datang. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK Kelab Guru dan Staf dalam menjayakan program ini. Pihak AJK juga ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang program ini berlangsung.

Ahad, 17 Oktober 2010

Makan Malam Hari Keluarga SEPINTAR 2010

 Majlis yang diadakan di Restoran Aroma Ikan Bakar, Jeram pada 16 Oktober 2010 ini di hadiri warga SEPINTAR serta keluarga. Jamuan ini bertujuan merapatkan hubungan warga SEPINTAR serta meraikan ahli keluarga masing-masing. Semua tetamu disajikan pelbagai hidangan dan diselangi ucapan serta penyampaian hadiah. Sessi cabutan bertuah juga tambah memeriahkan suasana majlis dengan hadiah serta hamper dari Kelab Guru dan Staf, Koperasi SEPINTAR, Pengusaha Kantin SEPINTAR dan sumbangan individu. Majlis ini mencapai sasaran dengan kehadiran hampir 80 keluarga.


Khamis, 14 Oktober 2010

Sumbangan Kumpulan Karangkraf sempena Hari Keluarga


 Sempena Hari Keluarga SEPINTAR yang bakal diadakan pada 16-17 Oktober 2010, Kumpulan Karangkraf telah berbesar hati menyampaikan sumbangan berbentuk bahan bacaan. Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Azam dan diterima oleh Pn Aisyah di Karangkraf Networks Shah Alam. Pihak Kelab Guru dan Staf amat berbesar hati menerima sumbangan ini.

Rabu, 13 Oktober 2010

Program Emersion SEPINTAR-SBPIGOMBAK


SEPINTAR pada hari ini menerima kunjungan Tuan Pengetua SBPI Gombak, Tn Hj Jamaluddin Yusoff bagi menjayakan Program Emersion antara kedua-dua sekolah. Beliau merupakan mentor dari segi kewangan dan kokurikulum.

Selasa, 12 Oktober 2010

Berakhirnya Perjuangan Di Medan PMR

 Wajah-wajah riang dan ceria calon-calon PMR SEPINTAR setelah tamat menduduki Peperiksaan PMR 2010. Semoga kejayaan yang cemerlang mengiringi pelajar SEPINTAR.

Isnin, 11 Oktober 2010

Lawatan Bahagian Perolehan KPM dan JPS


SEPINTAR pada hari ini menerima kunjungan beberapa orang pegawai Bahagian Perolehan KPM dan JPS. Kunjungan ini tidak lain bertujuan melihat sendiri kekurangan pihak Kontraktor Kebersihan yang ditempatkan di SEPINTAR. Pihak Pentadbir SEPINTAR telah mengiringi mereka ke sekitar kawasan sekolah dan mereka juga telah mendapatkan input dari Penyelia Kebersihan syarikat berkenaan. Pihak SEPINTAR amat menghargai kunjungan ini dan berharap tindakan yang sewajarnya dapat diambil ke arah peningkatan mutu khidmat kebersihan.

Ahad, 10 Oktober 2010

Ceramah Motivasi Ustaz Zamri




Pelajar-pelajar Tingkatan 5 pada malam ini telah menghadiri suatu program yang cukup berharga di Masjid Al-Qadisiah, SEPINTAR bersama Ustaz Zamri. Beliau yang banyak menyelitkan unsur jenaka di dalam ceramahnya meninggalkan impak yang besar kepada pelajar-pelajar apabila menyedarkan semua betapa perlunya kita menjaga hati kedua ibubapa dalam mencapai kecemerlangan. Beliau juga banyak memberikan tips kepada pelajar. Beliau banyak menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar dan ini menambahkan minat pelajar mendengar ceramah beliau. Semoga slot ini dapat membentuk pelajar ke arah kecemerlangan.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Open House Pn Hjh Senaini, Pengetua SEPINTAR

 Warga pendidik serta kakitangan SEPINTAR pada hari ini menghadiri Open House Pn Hjh Senaini. Majlis diadakan bermula jam 1 ptg. Hadirin disajikan dengan resepi nasi ayam istimewa berkuah sup sosej yang cukup menyelerakan. Sesuai dengan tema hari Jumaat, pisang emas tidak lupa disajikan sekali. Terima kasih Puan kerana sudi menjemput kami ke rumah.

Selasa, 5 Oktober 2010

Ujian Analisa Lembaga Peperiksaan Malaysia


Pelajar-pelajar Tingkatan 5 telah menjalani Ujian Analisa subjek Pendidikan Islam yang telah dikendalikan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia di Bilik Seminar SEPINTAR. Pegawai LPM, Ust Khalid dan Ust Nazri mengendalikan ujian ini di dalam dua slot.

Hari Pertama PMR 2010


 Pada pagi ini bermulalah perjuangan calon-calon PMR SEPINTAR dalam mencapai kecemerlangan. Sedikit taklimat diberikan oleh Guru Bahasa Melayu yang merupakan peperiksaan pertama pada hari ini. Pihak sekolah amat menghargai kehadiran para ibubapa yang turut sama memberikan semangat kepada anak-anak masing-masing.

Isnin, 4 Oktober 2010

Majlis Pot Luck dan Doa Selamat


Pada pagi ini telah berlangsung Majlis Pot Luck dan Doa Selamat yang dikendalikan oleh Kelab Guru dan Kakitangan di bilik Kemanusiaan. Doa Selamat dibacakan untuk mendoakan kejayaan pelajar SEPINTAR dan juga meraikan Ustazah Sharifah Mariah yang akan berangkat ke Tanah Suci pada 9 Oktober 2010.

SEPINTAR Johan Kuiz Pintar Matematik Piala Datuk Shukri


Tanggal 30 September bersamaan hari Khamis yang lalu, SEPINTAR telah menghantar seramai 8 orang pelajar tingkatan 5 bagi menyertai Kuiz Pintar Matematik Piala Datuk Shukri Edisi ke-7 bertempat di Management Science University (MSU) Shah Alam, Selangor. Objektif utama kuiz ini dijalankan adalah bagi memaksimumkan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah Matematik sebelum menjelangnya peperiksaan SPM disamping untuk mempromosikan MSU sebagai destinasi bagi lepasan-lepasan SPM.
Kontinjen ini diketuai oleh guru Matematik, Puan Rosila bt Ahmad Kamari. Pada pusingan akhir, pasukan SEPINTAR A telah bertemu buku dengan ruas apabila menghadapi cabaran sengit daripada pasukan SASER A, ASIS A, SEMASHUR A dan MTD B. Namun pasukan SEPINTAR A ternyata lebih ampuh IQ dan EQnya apabila menang tipis selepas berjaya menjawab hampir kesemua soalan dengan tepat sekaligus dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kuiz Pintar Matematik Piala Datuk Shukri kali ke-7.
Tahniah diucapkan kepada Pasukan SEPINTAR A.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Majlis Mohon Restu Pelajar PMR 2010


Suasana sekitar Majlis Mohon Restu yang diadakan di Dewan Al-Aqsa dihadiri pihak pentadbir, guru-guru mata pelajaran serta calon PMR 2010. Kuatkan semangatmu wahai putera puteri SEPINTAR.
Doa guru-guru senantiasa mengiringimu.

Sambutan Program Mentor Mentee



Berlangsung pada waktu pagi dan dimulakan dengan bacaan Yaasin di Dewan Al-Aqsa. Program yang bertujuan mengeratkan ukhuwah antara mentor dan mentee SEPINTAR. Dalam majlis ini kejutan kepada mentor-mentor yang telah dihadiahkan sebiji kek kepada setiap mentor. Segala pengorbanan mentor adalah jasa yang tak terbalas.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP