> SBPI Rawang: Program Gotong Royong Perdana

Rabu, 20 Mac 2013

Program Gotong Royong Perdana


 20 Mac 2013, SEPINTAR telah mengadakan Program Gotong Royong di sekitar kawasan SEPINTAR yang melibatkan warga pendidik dan para pelajar. Program ini antara lain diadakan untuk mendidik pelajar supaya lebih bertanggungjawab terhadap persekitaran serta memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar SEPINTAR. Program ini juga diharapkan akan dapat meningkatkan rasa sayang pelajar terhadap sekolah mereka.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP