> SBPI Rawang: Pesta STEP

Rabu, 1 Jun 2016

Pesta STEP

 Pesta Step  Type 3 ( Sepintar Talents Enrichment Programme) telah berlangsung dengan.gilang gemilangnya pada  25 Mei 2016.Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr. Nor Azowa Binti Ibrahim, Timbalan Dekan Fakulti Sains Uni.Putra Malaysia.
Sebanyak 28 kumpulan telah bertanding mewakili bidang sains inovasi  dan teknologi(14 kumpulan),bidang sains sosial(9 kumpulan) dan bidang deskriptif (7 kumpulan) yang dihakimi daripada barisan hakim luar dan sekolah.
Pemarkahan dinilai dr aspek penghasilan  buku mini thesis,persembahan produk  dan pameran di booth masing2.
Pesta turut dimeriahkan dengan gerai jualan oleh pelajar .
Anugerah pencapaian terbaik gold award bidang sains dan teknologi di sandang oleh kumpulan G 19 bertajuk Call To Kill yang juga menyandang juara keseluruhan ( anugerah full colour).
Manakala utk bidang sains sosial pencapaian terbaik gold award dimenangi oleh kumpulan G27 bertajuk Natural Lipstain.
Dalam kategori Diskriptif pencapaian terbaik gold award dimenangi.oleh kumpulan G 15 bertajuk Batu Arang Sejarah Tersembunyi.
Tahniah kepada semua.yang terlibat.Semoga usaha ini bakal melahirkan saintis muslimin dan pengkaji muda yang kratif dan inovatif utk masa depan negara yang lebih bermakna.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP