29 Jun 2016, Ramadan merupakan bulan yang dinantikan oleh setiap umat Islam. Bulan yang dipenuhi keberkatan dan kemuliaan ini tidak lengkap sekiranya tidak diwarnai kalimah-kalimah suci Al-Quran al-Karim. Antara objektif majlis ini adalah menarik minat murid untuk membaca dan mengkhatamkan al-quran. Penutup majlis telah disempurnakan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR dan beliau telah turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Ihya' Ramadan.