Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Lawatan Guru-Guru Kimia Dari Jepun

Imej
Sepintar , 27 Mac 2009: Sekumpulan guru-guru kimia seramai 7 orang dari beberapa buah sekolah di sekitar Tokyo telah membuat lawatan muhibah ke Sepintar. Dalam lawatan tersebut satu perbincangan telah diadakan mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran subjek kimia di kedua-dua buah negara. Sepintar telah diwakili oleh Pn Marlina bt Mat Napes sebagai Ketua Panitia Kimia, Pn Khairul Afdzar, Pn Norul Illyana, Pn Shajaratuddur, Cik Latifah (Guru Bahasa Jepun Sepintar) serta En Mohd Nazri Takuan (Pegawai Perhubungan Awam Sepintar). Dalam perbincangan selama kira-kira 3 jam setengah itu, banyak isu-isu yang telah dibincangkan oleh kedua-dua belah pihak. Antaranya ialah mengenai kandungan kurikulum, kaedah pengajaran serta bahan bantu mengajar (BBM). Ternyata kedua-dua belah pihak begitu berpuas hati dengan pertemuan ini. Rombongan dari Jepun ini akan membawa balik segala dapatan dari perbincangan ini untuk dibawa pulang seterusnya disebarkan kepada seluruh warga pendidik di sekitar Tokyo. ...

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Imej
S ambutan Maulidur Rasul 2009 telah selamat diadakan pada hari Rabu 28 Rabiulawal 1430H bersamaan 25 Mac 2009. Tema sambutan pada tahun ini ialah " Wahdah Pemangkin Khaira Ummah ". Majlis telah dimulakan lebih kurang pukul 3.30 petang dengan acara perarakan mengelilingi kawasan sekolah sambil berselawat. Acara diteruskan di dewan besar Al-Aqsa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran berserta terjemahannya oleh adik Wan Mohd Wafiy Wan Othman bersama adik Ahmad Nor Fikri bin Zainol. Diikuti dengan ucapan pengetua dan Ceramah Khas Maulidur Rasul oleh Ustaz Ghazali bin Omar (SMKA Kuala Selangor). Majlis diakhiri dengan persembahan kumpulan nasyid Fitrah Murni serta penyampaian hadiah pertandingan perarakan. Menurut Setiausaha Program Ustazah Sharifah Mariah antara objektif program ini dijalankan ialah untuk: Mengingati kelahiran Rasulullah SAW. Sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW Mengamalkan ajaran Rasulullah SAW dalam segenap aspek kehidupan. Mencontohi akhlak Rasulullah...

Pengurusan Hal Ehwal Murid SEPINTAR

Misi Sekolah Berasrama Penuh ialah sebagai wadah terbaik dalam sistem pendidikan negara yang berkemampuan membina insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampuan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara. Sejajar dengan visi SBP 'Melahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia' dan matlamat SBP menerusi Pelan Pendidikan Sekolah Berasrama Penuh (PPSBP) 2008-2015, kecemerlangan pengurusan murid hendaklah mencapai perkara-perkara berikut: Permohonan murid keluar dari SBP adalah sifar Kes salah laku adalah sifar Sistem Rumah diterapkan di kalangan warga SBP secara berkesan Asrama menepati Piawaian Kualiti Asrama Dewan Makan menepati piawaian Kualiti Dewan Makan SBP Program Jati Diri mencapai matlamat yang ditetapkan Pemantapan Kepimpinan Pelajar meningkat setiap tahun Bilangan anugerah berkaitan hal ehwal murid yang dimenangi meningkat tahun demi...

Jawatan Kuasa Hal Ehwal Murid

JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID 2013 Jawatan Guru Pengerusi Pengetua Naib Pengerusi 1 Pn . Hasimah bt Harun (PKHEM) Naib Pengerusi 2 Tn . Hj Kamilen b Marzoki (Penolong Kanan) Naib Pengerusi 3 Pn . Hasimah bt Harun (Pen Kanan Kokurikulum) Setiausaha Pn . Kasmawati bt Haron Penolong Setiausaha Pn . Wan Norliza bt Wan Hamad AJK 1.          Setiausaha Disiplin Pn . Hjh Ruslina Bt Ahmad 2.          Setiausaha Kebajikan Murid Cik Norul Haida bt Mohamed Tamizi 3.          Setiausaha Biasiswa dan Bantuan Pn . Yusliza bt Mohd Yusoff 4.          Setiausaha Asrama Pn . Hjh Nor Aziah ...

Hubungi Kami

SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Tel: 603-60928192 Faks: 603-60917309 E-Mail: bra7001@moe.edu.my

Takwim Bulan Mac

Kokurikulum

Pendahuluan Dokumen perancangan aktiviti adalah amat penting dalam merancang perjalanan sesuatu unit. Di dalamnya, terdapat perkara-perkara penting seperti ahli jawatankuasa, taqwim, sasaran dan anggaran perbelanjaan. Tanpa perancangan, sesuatu unit itu tidak akan dapat berjalan dengan sempurna. Dalam usaha untuk menjadikan Sepintar sebagai sekolah yang cemerlang dari sudut kokurikulum, Unit Kokurikulum sentiasa berusaha untuk menambah baik segala aktiviti berkaitan kokurikulum. Oleh itu sebuah perancangan yang teliti amat perlu untuk merealisasikan harapan ini. Adalah diharapkan semua yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan sempurna demi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Kokurikulum di Sepintar adalah suatu usaha kolektif yang berterusan untuk melahirkan pelajar yang berkeperibadian unggul "towering personality" serta menjadi insan, warganegara dan pemimpin yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa, negara d...

Pengurusan Akademik

SLOGAN Ikhlas Mendidik Potensi Pelajar Bestari VISI Pengurusan dan Penyeliaan Pembelajaran Sepanjang Hayat MISI Menguatkan Pasukan Pendidik dengan semangat berusaha lebih gigih melaksanakan amanah dan tugas kurikulum ________________________________

Senarai Barang Keperluan Sekolah & Asrama

Baju kurung putih berpesak (cotton), labuhnya hingga ke lutut, hujung lengan bercekak (1 inci lebar) dan berbutang - Bilangan 3 Kain biru muda (biru torquoise) dan bersusun tepi - Bilangan 2 Tudung bulat / labuh 5 inci dari paras pergelangan tangan berwarna putih tanpa sulaman dan serkup kepala berwarna putih - Bilangan 2 Kasut kulit atau PVC hitam tidak bertali, tanpa corak dan berstokin putih tidak berbelang. Tumitnya tidak melebihi 1 inci - Bilangan 1 Baju kurung batik berpesak , labuhnya hingga ke lutut,hujung lengan bercekak (1 inci lebar) dan berbutang untuk “outing” (dijual di kpoerasi sekolah) - Bilangan 1 Kain rasmi (batik) dan bersusun tepi “outing” (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 1 Kain batik (bercorak sampin putera) dan bersusun tepi – pakaian jumaat (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 1 Seluar panjang (track bottom) berwarna hitam / biru gelap lambang sekolah (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 2 Seluar slack hitam (bukan jenis je...

Senarai Barang Larangan (Puteri)

Seluar Jean dan sejenis dengannya Seluar pendek Topi dan semua jenis wangian Majalah hiburan atau buku cerita yang tidak sesuai Telefon bimbit Semua alat hiburan eletronik kecuali radio transister yang mempunyai 2 bateri bersaiz AA atau AAA dan boleh digunakan pada waktu tertentu di asrama sahaja./MP3 /MP4 Heater,kamera, camera video, video player, walkman,kaset hiburan, video tape, compact disk serta perisiannya dan komputer – laptop. Alat permainan elektronik yang tidak bersesuaian dan berunsur perjudian Seterika Elektrik Comforter dan bantal tambahan Semua jenis perhiasan seperti gelang, cincin, rantai dan lain-lain Anak patung / teddy bear dan seumpamanya Kasut roda / roller blade / skate board Baju T lengan pendek/lengan tiga suku panjang (puteri) Baju T lengan panjang bergambar atau tulisan tidak bersesuai. (puteri) Barang-barang lain yang akan diberitahu dari masa kesemasa Nota : Barang-barang larangan sekiranya dirampas tidak akan dipulangkan.

Senarai Guru-Guru Mata Pelajaran

PN SA’ADAH BT OTHMAN (PENGETUA) B.A (Hons) Usuluddin, Dip. Ed. (U.K.M) TN HJ KAMILEN B. MARZOKI (PENOLONG KANAN) B.A (Hons) Usuluddin U.Malaya. Dip. Ed. (UIAM) EN MUSTAFA KAMAL B. JAMALUDIN (PEN. KANAN KOKURIKULUM) B.A (Hons) Syariah U.Malaya, Dip. Ed. (UIAM) PN MAIMUNAH BT ISMAIL (PENOLONG KANAN HEM) Sarjana Muda (Sains Perniagaan Tani) UPM, Dip. Ed. MPPPP CIK FAUZIAH BT. IBRAHIM (Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa) B. A (Hons) Dip. Ed. (USM) PN HASIMAH BT HARUN (Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan) Smpi (KEP) Peng. Arab & Tamadun Islam (UKM), Dip. Pend. (MPI) PN .SHAJARATUDDUUR BT HUSSIN (Guru Kanan Mata Pelajaran Sains & Matematik) B. Sc. (Biologi) UKM TN HJ TOLHAH B. HAJI RAMLI (Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik & Vokasional) B. Sc. (Math & Physic) Dip Ed. (UPM) EN. MOHD ZAMRI B ABU ZARIN (Bahasa Inggeris) B.A (Hons). TESL (Manchester) UK PN RAFIDAH BT MOHD GHAZALI (Geogr...

PIBG

Imej

Koleksi Video

Larian Sepintar 2009 Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan LKP 2009 Majlis Graduasi 2008