> SBPI Rawang: Penyelam Muda SEPINTAR

Isnin, 21 Oktober 2019

Penyelam Muda SEPINTAR

 Ahmad Najmi bin Muhamad Sade, 15 tahun dari Kelas 3 JM, SBP Integrasi Rawang telah melakar sejarah sebagai antara penyelam termuda  yang berjaya menyahut cabaran Dive With Shark di Aquaria KLCC. Program tersebut diadakan di Aquaria KLCC pada 20.10.2019 yang lalu.
Penyelam muda ini merupakan pemegang Open Water Dive Certificate sejak 25.8.2018 dibawah bimbingan Dive Master Nazrul Azha Abu Hassan. Pengalaman menyelam skuba bersama 6 ekor jerung dari pelbagai jenis telah melayakkan beliau menerima Sijil Penghargaan dan diiktiraf sebagai “The Biggest  Risk Taker-Dive With Shark” oleh Aquaria KLCC.
Ahmad Najmi berhasrat untuk meneruskan hobi dalam sukan menyelam skuba dan memperolehi Certificate Dive Master sebelum mencapai usia 18 tahun. SBPI Rawang mengucapkan tahniah atas kejayaan ini. Semoga ia memberi inspirasi kepada murid-murid lain untuk menceburi bidang sukan yang diminati demi meningkatkan potensi dan keyakinan diri. 

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP