> SBPI Rawang: Pertandingan Daie Muda Peringkat Kebangsaan

Sabtu, 5 Oktober 2019

Pertandingan Daie Muda Peringkat Kebangsaan




 Asalamualaikum
Perkongsian berita gembira dari Putrajaya untuk warga Sepintar...

Sukacita dimaklumkan di dalam *Pertandingan Daie Muda Peringkat Kebangsaan* sempena Hari Terbuka Putrajaya 2019 peserta dari Sepintar telah memperolehi kejayaan yang membanggakan.
Peserta Individu Pertandingan Daie Muda *Siti Sarah Roslan* telah berjaya mendapat *tempat ke~2*.

Bagi Katogeri Berkumpulan pasukan Sepintar yang dianggotai okeh:
Muhammad Muhaditheen, Muhammad Norilman, Adlina Farisya & Amni Maisarah telah berjaya mendapat *tempat ke~3*

Tahniah kepada murid yang telah berjaya mencipta kejayaan Sepintar hingga lewat malam 4 Oktober 2019 , malam tadi.

Tahniah dan Setinggi penghargaan kepada Guru Pembimbing Pn Norrahila Hj Salleh yang komited dan berdedikasi memberikan bimbingan kepada peserta Sepintar hingga kejayaan menjadi milik peserta Sepintar. Tidak lupa kepada Pn Wan Norliza yang turut membantu atas kejayaan ini. Kesungguhan pelajar dan komitmen guru telah menghasilkan kejayaan bersama ini. Terima kasih cikgu🌹🌹🌹
Semoga anak Sepintar yang berjaya ini menjadi Daie Yang Hebat suatu masa nanti.
Syukur Alhamdullillah.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP