Ex Sepintar kembali dengan beramal!


Encik Muhammad Faiz bin Zakariah (SPM 2008) baru-baru ini telah ‘kembali’ ke Sepintar dengan menyumbangan 3 buah komputer riba kepada 3 orang murid Sepintar yang sangat memerlukan peranti ini dalam sesi PdPR mereka. Sumbangan ini bukan sahaja amat bermakna bagi murid-murid yang kurang berkemampuan tetapi juga besar ertinya bagi pihak sekolah kerana bekas murid kembali ke sekolah dengan menabur bakti dan beramal demi Sepintar tercinta. Pihak sekolah amat berbesar hati dan berterima kasih atas sumbangan ini. Moga beliau dimurahkan rezeki dan dikurniakan keberkatan hidup oleh Allah. Mudah-mudahan sumbangan ini juga menjadi pendorong kepada bekas murid Sepintar yang lain untuk berbakti dan beramal.

 

Sedikit profile beliau:

Ø  Muhammad Faiz bin Zakariah

Ø  Tingkatan 5 Jannatul Makwa (SPM 2008)

Ø  BSc Economics, Pennsylvania State University, USA (2010-2014)

Ø  MSc Finance, Imperial College London, UK (2014- 2015)

Ø  Fund Manager, EPF (2015-2017)

Ø  Founder & Managing Director, Saudagar Kitchen Sdn Bhd (2018 - present)