> SBPI Rawang: Program International Language Workshop (INLAW)

Sabtu, 17 Julai 2021

Program International Language Workshop (INLAW)

 






14 Julai 2021
Program International Language Workshop (INLAW) buat julung-julung kalinya berlangsung pada 14 Julai 2021 hasil kerjasama SBPI Rawang, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa dan 4 buah sekolah Indonesia.
Seramai 57 orang murid Bahasa Jepun tingkatan 5 yang terlibat. 6 orang daripada mereka telah membentangkan hasil kerja mereka yang bertemakan “Integrasi Budaya Dalam Pelajaran”. Manakala daripada pihak Indonesia seramai 8 orang murid membentangkan hasil kerja mereka.
Bengkel ini berlangsung dalam Bahasa Jepun dan murid-murid menunjukkan kemahiran berbahasa Jepun yang sangat mengkagumkan. Bengkel yang berlangsung selama 2 jam setengah ini dikendalikan seratus peratus oleh murid dan murid-murid yang terlibat sebagai peserta juga turut memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat baik.
Sekalung tahniah diucapkan kepada guru Bahasa Jepun Puan Norsimah binti Mat Yunan dan guru-guru pelatih Bahasa Jepun dari IPG Kampus Bahasa Antarabangsa. Diharapkan program kerjasama dengan negara Indonesia ini tidak terhenti setakat ini sahaja. Semoga program internasional seperti ini dapat diadakan dengan lebih kerap lagi InsyaAllah.
Tahniah kepada dua guru pelatih bahasa jepun ipgkba yang melaksanakan latihan mengajar di sepintar, Siti Hajaratul Akma Binti Abdul Hadi dan Nor Ayuni Binti Ahmad Zulkifli

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP