> SBPI Rawang: Kunjungan Pelawat dari Jepun

Jumaat, 1 April 2011

Kunjungan Pelawat dari Jepun

 Pada 31/3/2011 SBPI Rawang telah dikunjungi oleh 2 orang pelawat dari Jepun iaitu Mrs Oike Fumiko dan suaminya Mr Oike Toshiyuki. Puan Oike Fumiko merupakan pengerusi kepada persatuan NGO MAY Asaka Center yang beribu pejabat di Daerah Asaka Wailayah Saitama Jepun.
Kedatangan Puan OikeFumiko suami isteri adalah bertujuan untuk mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah berkenaan program pengantarabangsaan yang dapat dilakukan di antara pihak sekolah dan MAY Asaka. Berikutan perbincangan yang diadakan pihak sekolah dan pihak MAY Asaka bersetuju untuk mengadakan " Friendly Relationship Through Pictures Malaysia Japan" dan Program Pertukaran Pelajar Jepun Malaysia.
Sewaktu kedatangan ke SBPI pada pagi ini, selain mengadakan sesi perbincangan, Puan Norshimah Mat Yunan selaku guru bahasa Jepun telah mengiringi Guru HEM Puan Maimunah Ismail dan Mr/Mrs Oike untuk melawat kelas pelajar Thai. Beberapa orang pelajar Thai yang mengambil Bahasa Jepun telah mengambil peluang untuk berlatih Bahasa Jepun bersama pelawat tersebut.
Sebelum berangkat pulang Puan Maimunah selaku wakil pengetua menyampaikan cenderahati sebagai tanda mata kepada Mr/Mrs Oike. Menjadi harapan sekolah agar perkara yang dibincangkan akan dapat direalisasikan.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP