> SBPI Rawang: Pembelajaran Bahasa Inggeris Online bersama Pn Anita Adnan dari University Nottingham UK

Sabtu, 2 April 2011

Pembelajaran Bahasa Inggeris Online bersama Pn Anita Adnan dari University Nottingham UK

 1 April 2011, Pn Aida pada hari ini telah mengadakan perbincangan dengan Pn Anita Adnan yang menyambung pengajian beliau dalam Phd di University of Nottingham, UK untuk mengadakan sessi PnP Bahasa Inggeris secara online. Beliau cukup teruja kerana selama ini sessi yang diadakan beliau cuma bersama guru dan bukan dengan pelajar. Melalui ujian sistem Skype yang dijalankan di Makmal Komputer,  kelas akan diadakan dalam waktu terdekat. Ini merupakan pilot project untuk SEPINTAR dalam meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari Bahasa Inggeris dengan lebih baik.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP